Anemia
Anemia berasal dari bahasa Yunani kuno “anaimia” yang bererti kekurangan darah. Anemia atau lebih dikenali lagi sebagai kurang darah, adalah suatu keadaan dimana jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah normal. Sel darah merah mengandungi hemoglobin, yang berperanan menghantar oksigen dari paru-paru keseluruh bahagian tubuh badan. Seterusnya penghidap anemia akan kekurangan oksigen untuk tubuh badannya disebabkan penghantaran sel darah merah terganggu. Jadi, disebabkan itulah kenapa penghidap anemia, akan sering berasa cepat lelah, gelisah serta pucat. Antara kesan-kesan umum anemia yang lain adalah kekurangan zat besi, pendarahan usus, kekurangan vitamin B12 serta gangguan sunsum tulang.
Antara ciri-ciri penyakit anemia :
- Sering sakit kepala
- Cepat lelah ketika melakukan aktiviti
- Sering sesak nafas
- Sering rasa mual
- Hujung jari pucat dan putih ketika ditekan
- Pucat pada bahagian dalam kelopak mata
- Penipisan rambut
- Sistem ketahanan badan menurun
- Denyutan jantung berdebar tidak teratur dan juga cepat
- Tangan dan kaki sejuk
Antara faktor-faktor terjadinya anemia :
- Faktor dari keturunan
- Penyakit dan gangguan usus serta operasi yang berkaitan dengan usus kecil
- Pendarahan menstruasi yang berlebihan
- Penyakit kronik seperti kanser dan gagal ginjal
- Kurang zat besi
- Kurang vitamin
- Kehilangan darah yang banyak
- Kegagalan sumsum tulang untuk membuat sel darah merah dalam jumlah yang cukup besar
Cara mencegah penyakit anemia :
1. Makan makanan yang banyak mengandungi zat besi
– Antara makanan yang banyak mengandungi zat besi ialah daging, kacang, sayur-sayuran yang berwarna hijau dll. Zat besi juga sangat penting untuk wanita yang sedang menstruasi, wanita hamil dan anak-anak.
2. Menambahkan menu makanan yang mengandungi vitamin B12
– Antaranya ialah daging dan susu.
3. Memakan makanan yang banyak mengandungi asam folat
– Antaranya ialah pisang, sayur-sayuran, jenis kacang-kacangan, jeruk, bijirin dll.
4. Makan dan minum makanan atau minuman yang mengandungi vitamin C
– Contohnya seperti buah oren, buah jeruk serta buah beri.
5. Jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan
– Buat pemeriksaan darah untuk melihat sekiranya ada terdapat simptom-simptom penyakit anemia dan meminta nasihat daripada doktor berkenaan penyakit tersebut.
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html