Angina Pektoris

oie_Rhi9iFYTNlMQ

Angina pektoris adalah suatu keadaaan di mana pesakit akan merasakan sakit dada yang sangat kuat akibat dari penyakit jantung ischemic iaitu kekurangan pengaliran darah dan oksigen ke myocardium jantung. Gangguan tersebut boleh terjadi disebabkan oleh kuantiti oksigen yang disalurkan menurun. Adanya aterosklerosis koroner(radang pada pembuluh darah) atau keperluan oksigen yang meningkat. Angina pektoris terbahagi kepada 3 jenis iaitu Angina klasik(stabil), Angina varian dan Angina tidak stabil.

oie_0kMClgjzGWyC

3 Jenis Angina

  1. Angina klasik biasanya terjadi ketika seseorang itu melakukan aktiviti fizikal.
  2. Angina varian biasanya terjadi saat seseorang itu berehat dan biasanya juga terjadi pada waktu pagi.
  3. Angina tidak stabil tidak dapat diramalkan waktu terjadinya, boleh terjadi waktu seseorang itu sedang beristirehat dan juga boleh terjadi ketika melakukan aktiviti fizikal.

oie_LW8b8DuLmcux

Antara faktor penyumbang terjadinya angina adalah melalui tekanan darah tinggi.

Faktor2 yang menyumbang kepada tekanan darah tinggi adalah :

  1. Obesiti
  2. Stress
  3. Kurang bersukan atau bersenam
  4. Merokok
  5. Keturunan

oie_mK6KlVje9W1l

Antara cara2 mencegah angina :

  1. Berhenti merokok
  2. Banyakkan memakan makanan yang rendah lemak dan tinggi serat
  3. Melakukan senaman yang teratur adalah cara yang efektif untuk mencegahnya
  4. Menurunkan berat badan sekiranya obesiti
  5. Kurangkan stress dan belajar cara untuk bertenang setiap kali menghadapi tekanan
  6. Elakkan minum minuman yang beralkohol
  7. Jangan menambahkan garam dalam makanan

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *