Apa itu Polihidramnion

Pregnant belly

Apa khabar semua? Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis masalah yang dikenali sebagai polihidramnion. Apa tu? Polihidramnion adalah suatu keadaan yang dialami oleh wanita hamil dimana berlakunya penumpukan air ketuban yang berlebihan selama kehamilan. Selain daripada polihidramnion, masalah ini juga sering dikenali sebagai kehamilan kembar air.

 

Adalah sangat penting untuk kita semua ambil tahu akan masalah ini. Terutamanya sekali, wanita hamil itu sendiri. Ini kerana, polihidramnion mampu menyebabkan bayi dilahirkan pra-matang dan bayi tersebut juga mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk terdedah kepada pelbagai jenis gangguan kesihatan. Sebelum kita pergi lebih lanjut, mungkin anda tertanya-tanya, apa sebenarnya fungsi air ketuban yea?

 

Fungsi-Fungsi Air Ketuban

Meh tcm kongsikan, antaranya seperti :

  • Mengawal suhu dalam kandungan agar tetap stabil
  • Membantu pembentukan paru-paru
  • Mengurangkan getaran yang datang daripada luar kandungan
  • Membantu janin untuk bergerak bebas serta membantu petumbuhan otot
  • Melindungi janin daripada terdedah kepada jangkitan

 

Faktor Penyebab Polihidramnion

Sesetengah kes polihidramnion tidak dapat dikenal pasti dengan tepat apakah penyebab utamanya. Namun begitu, berdasarkan kajian yang telah dijalankan, berikut merupakan beberapa faktor yang berpotensi tinggi dapat menyebabkan polihidramnion terjadi. Antaranya seperti :

  • Wanita yang hamil tersebut menghidapi diabetes
  • Metabolisma yang tidak normal pada wanita hamil
  • Pelbagai jangkitan kongenital seperti toksoplasma atau rubella
  • Hamil anak kembar terutamanya kembar seiras
  • Janin yang mengalami kekurangan sel darah merah (anemia)

 

Gejala-Gejala Polihidramnion

  • Jumlah penghasilan air kencing semakin menurun
  • Mengalami pembengkakan dinding perut, vulva serta bahagian bawah tubuh
  • Sukar untuk bernafas serta nafas pendek
  • Mempunyai ukuran perut yang lebih besar berbanding wanita hamil lain
  • Proses persalinan yang lebih cepat daripada waktu yang sepatutnya (pra-matang)

 

Langkah Menanggani Polihidramnion

Sekiranya anda mengalami masalah ini, segeralah lakukan pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan. Ini supaya doktor dapat mencadangkan rawatan yang sepatutnya anda jalani demi kesihatan anda dan anak anda. Salah satu caranya adalah dengan memberikan ubat untuk mengurangkan jumlah air ketuban. Namun begitu, ubat ini hanya diberikan sekiranya usia kehamilan masih belum mencapai 32 minggu.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://segiempat.com/ibu-anak/kehamilan/masalah-kehamilan/air-ketuban-terlalu-banyak/

http://www.alodokter.com/polihidramnion

http://www.kesehatanibuhamil.com/2015/03/penyebab-kehamilan-kembar-air-atau.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *