Apa itu Tremor

oie_EUVkDz4Slxxe

Salam rabu semuanya, hari ini tcm nak kongsikan mengenai suatu keadaan yang mana istilah perubatan yang digunakan bagi mengenal pasti keadaan ini dinamakan sebagai “tremor”. Apa tu? Tremor adalah suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami getaran yang tidak terkawal yang terjadi secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian tangan mereka.

Di dalam kes-kes yang tertentu, kejadian tremor yang dialami seseorang itu boleh dikatakan merupakan petanda kepada adanya masalah kesihatan yang serius pada tubuh badan seseorang itu.

 

Walaupun begitu, tidak semua yang mengalami tremor mempunyai masalah kesihatan yang serius. Kadangkala, tremor mungkin sahaja disebabkan oleh faktor-faktor seperti tidak mendapatkan rehat yang mencukupi, cemas, merasa takut atau juga disebabkan emosi yang tertekan.

 

Penyakit Yang Menyebabkan Tremor

  • Multiple Sclerosis
  • Parkinson
  • Stroke
  • Kegagalan Hati
  • Neurodegeneratif

 

Penyebab Tremor

Secara umumnya, faktor yang membuatkan seseorang itu mengalami tremor adalah disebabkan oleh berlakunya masalah di otak pada bahagian yang mengawal otot tubuh yang tertentu. Antara sebab-sebab lain pula adalah seperti ubat-ubatan tertentu yang diambil untuk satu tempoh masa yang panjang, penyalahgunaan alkohol dan pengmbilan kafein secara berlebihan.

 

Gejala-Gejala Tremor

  • Terjadi pada sebelah tangan terlebih dahulu
  • Tremor yang terjadi pada bahagian kepala adalah gerakan seperti mengangguk dan menggeleng
  • Dapat menjadi lebih teruk sekiranya ditambah dengan stress, letih, kandungan kafein yang tinggi atau suhu yang melampau
  • Berkembang secara bertahap

 

Masalah tremor hendaklah dipandang dengan serius. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala yang berkaitan dengan keadaan ini, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor. Walaupun tremor yang anda alami mungkin tidak disebabkan oleh penyakit yang berbahaya. Anda akan tetap mengalami kesukaran di dalam kehidupan seharian disebabkan oleh gangguannya.

Antara gangguan tersebut ialah seperti tidak mampu mengangkat cawan tanpa menumpahkan air di dalamnya. Selain itu, penderita tremor juga tidak mampu untuk makan dengan normal, serta mereka akan turut mengalami kesukaran ketika melakukan aktiviti seperti makeup, bercukup atau pun menulis.

 

Tips Mengatasi Tremor

  • Ubah pola hidup anda ke arah yang lebih sihat
  • Elakkan daripada minum minuman yang berkafein terlalu banyak
  • Kawal perasaan anda agar anda tidak stress atau tertekan
  • Elakkan daripada  minum sebarang minum minuman yang beralkohol

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://www.sehatfresh.com/tremor-esensial/

http://www.alodokter.com/kenali-tremor-dan-penyebabnya

http://halosehat.com/penyakit/gejala/tangan-bergetar-sendiri

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *