Apa Tu T.G.A
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua! hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai ‘TGA’ atau istilah penuhnya iaitu ‘Transient Global Amnesia’. Amnesia? Yup, keadaan ini merupakan salah satu daripada masalah hilang ingatan atau juga amnesia. Walaupun begitu, keadaan ini bukanlah seperti amnesia yang biasa.
Ini kerana, TGA sebenarnya merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami kehilangan daya ingatan hanya untuk satu jangka masa yang sementara dan terjadi secara tiba-tiba. Setelah itu, daya ingatan pesakit akan kembali seperti sedia kala.
Walaupun ingatan pesakit akan kembali seperti sedia kala, namun mereka tidak akan mengingat sebarang perkara yang baru berlaku sepanjang mereka mengalami TGA. Pelik kan? Yup, walaupun keadaan ini agak sedikit pelik, namun keadaan ini sememangnya wujud.
Gejala-Gejala TGA
- Ketidakmampuan membentuk memori baru
- Hilang ingatan secara tiba-tiba dan disahkan oleh saksi
- Pengekalan identiti peribadi walaupun hilang ingatan
- Masih mempunyai keupayaan biasa mengenali objek-objek biasa
- Tidak mempunyai sebarang gejala mengalami kerosakan tertentu otak seperti kelumpuhan, gerakan spontan atau gangguan pertuturan
- Biasanya dialami kurang daripada 24jam
- Tidak mengalami kekejangan sepanjang TGA
- Tidak mempunyai sejarah epilepsi aktif
Banyak tak gejala-gejala TGA?hehe Gejala-gejala berikut tcm kongsikan agar anda semua lebih mudah mengenali keadaan ini. Nak tahu antara soalan yang sering ditanya oleh pesakit sepanjang tempoh mereka mengalami TGA? Antaranya seperti “Apa yang saya lakukan di sini?” atau “Bagaimana kita sampai di sini?”.
Faktor Penyebab TGA
Penyebab yang membuatkan seseorang itu mengalami TGA masih lagi belum daat dikenalpasti. Walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan yang dapat mendorong kepada berlakunya TGA. Antaranya adalah seperti :
- Melakukan aktiviti fizikal yang terlalu berat
- Mengalami kecederaan kepala ringan
- Hubungan seksual
- Berendam secara tiba-tiba di dalam air sejuk atau panas
- Tekanan emosional akut yang mungkin disebabkan oleh berita buruk yang diterima
- Bebanan kerja yang terlalu banyak
Individu Yang Berisiko Tinggi
- Mereka yang berusia 50 tahun dan ke atas
- Mereka yang sering mengalami serangan migrain
Langkah Menanggani TGA
TGA atau hilang ingatan sementara tidaklah berbahaya, malah keadaan ini boleh dikatakan amat jarang sekali terjadi. Walaupun ianya terjadi, ia hanyalah untuk jangka masa yang pendek sahaja. Setelah habis tempoh masa tersebut, ingatan pesakit akan kembali normal seperti biasa. Keadaan ini juga tidak berulang. Berikut tcm kongsikan beberapa tips :
- Elakkan daripada pesakit melakukan sebarang aktiviti fizikal yang berat
- Bantu pesakit sekiranya mereka kelihatan bingung atau keliru
- Cuba untuk tenangkan pesakit dengan perkara yang menggembirakan mereka
- Elakkan pesakit daripada tertekan
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=apa+itu+transient+global+amnesia
http://www.sehatfresh.com/amenesia-transien-global/
http://health.detik.com/readpenyakit/1114/transient-global-amnesia