Apa Tu Virus Zika

oie_IxzZIODOQBRb

Apa khabar semua, semoga semuanya sihat-sihat belaka ye. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis virus yang dikenali sebagai Virus Zika. Virus ini ditemui di hutan Zika di Uganda pada tahun 1947. Virus Zika ialah sejenis virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama untuk penyakit demam denggi dan chikungunya.

Bagi bayi yang baru lahir, mereka berpotensi mengalami sindrom otak kecil atau mikrosefali sekiranya dijangkiti. Bahaya kan?

 

Penyebab Virus Zika

Virus Zika termasuk di dalam rangkaian virus flavivirus yang berasal dari keluarga yang sama seperti virus yang menyebabkan penyakit demam denggi. Virus Zika disebarkan pada manusia melalui nyamuk Aedes yang dijangkiti. Nyamuk ini menjadi pembawa virus zika apabila mereka menghisap darah pesakit yang memiliki virus tersebut.

Nyamuk ini sangat aktif pada waktu siang dan hidup serta membiak di kawasan persekitaran yang dekat dengan manusia. Terutama sekali di kawasan yang mempunyai air yang bertakung. Selain itu, mengikut kajian yang dijalankan, Virus Zika juga dapat disebarkan melalui pemindahan darah dan hubungan seksual.

 

Gejala-Gejala Virus Zika

  • Sakit kepala
  • Sakit pada bahagian belakang mata
  • Ruam pada kulit
  • Sakit pada bahagian sendi
  • Mata menjadi kemerahan

 

Info Tambahan Virus Zika

Virus Zika mula tersebar di negara Afrika dan Asia sejak tahun 2007. Aedes jenis aegypti merupakan spesis yang paling banyak menyebarkan Virus Zika. Aedes jenis ini paling banyak ditemui di Florida, Gulf Coast dan Hawaii. Pada tahun April 2015, virus ini ditemui tersebar di daerah Camacari Brazil. Nyamuk aedes biasanya menggigit di awal pagi dan senja.

Ia akan membiak di dalam takungan air jernih dan memerlukan masa sekitar 1 minggu untuk menjadi nyamuk dewasa.

 

Langkah Mencegah Virus Zika

Salah satu langkah pencegahan awal supaya tidak dijangkiti virus ini adalah dengan mencegah gigitan nyamuk. Sekiranya anda berada di kawasan yang berpotensi mempunyai Virus Zika terdapat beberapa langkah pencegahan yang dapat anda amalakan. Antaranya :

  • Pakai baju dan seluar panjang
  • Pastikan tingkap dan pintu rumah anda dapat menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah dengan menggunakan jaring halus
  • Sekiranya rumah anda tidak dapat menghalang nyamuk dari masuk, gunakan kelambu pada tempat tidur anda
  • Bayi yang berusia di bawah 2 bulan tidak dibenarkan menggunakan penghalau serangga, jadi pastikan pakaian bayi anda dapat melindungi mereka dari gigitan nyamuk
  • Buang air yang bertakung di dalam tayar-tayar buruk, alas pasu bunga, botol dan bekas yang boleh menakung air
  • Tutup semua bekas tadahan air dengan kemas
  • Pastikan sampah sarap dibuang ke dalam beg sampah dan tong sampah yang bertutup rapat

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+zika

http://www.alodokter.com/virus-zika

http://hkampar.moh.gov.my/v7/index.php/my/berita-aktiviti/63-apa-itu-virus-zika-simptom-dan-rawatan

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *