Asthma

oie_transparent

Asthma, adalah satu perkataan yang berasal daripada bahasa Yunani yang membawa erti “kesukaran bernafas“.Asma adalah sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat daripada radang dan penyempitan saluran pernafasan. Saat serangan asma terjadi, saluran pernafasan ke paru-paru akan terjadi peradangan(inflamasi) dan membengkak. Seterusnya akan menyebabkan penyempitan pada saluran liang pernafasan. Sehingga, kuantiti udara yang masuk berkurangan dan penderitanya akan mengalami kesukaran untuk bernafas seperti normal. Serangan asma yang dialami, berbeza pada setiap individu. Ada yang mengalami sedikit sahaja sesak nafas. Manakala, yang lainnya mengalami sesak nafas yang berat setiap hari. Jangkamasa bagi serangan asma pada setiap individu juga berbeza. Ada yang akan mengalami sesak nafas untuk seketika sahaja, akan tetapi, ada juga yang akan mengalaminya secara berterusan untuk beberapa hari lamanya.

 

YOYO59960124BB8FBDDEFA01A974E169

Antara penyebab umum kepada gejala Asma :

  1. Asap rokok
  2. Melakukan latihan fizikal yang berlebihan
  3. Cuaca dingin yang terlampau
  4. Gangguan emosi
  5. Perubahan cuaca dan suhu udara
  6. Genetik atau faktor keturunan
  7. Sensitif terhadap bahan-bahan tertentu seperti debu dan bulu binatang

 

animasi

Tips menghadapi serta mencegah serangan Asma :

  1. Bertenang – Semasa serangan asma berlaku. Langkah paling efektif adalah dengan bertenang. Ini kerana, asma akan menjadi lebih parah sekiranya anda tertekan.
  2. Mengurangkan aktiviti yang terlalu berat – Sentiasa berjaga-jaga dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian, kerana asma tidak dapat bertahan dengan aktiviti-aktiviti yang terlalu banyak.
  3. Melakukan latihan pernafasan – Belajar bagaimana dengan bernafas dalam-dalam dapat membantu menghadapi serta mencegah asma.
  4. Sering berjumpa dengan doktor – Berbincang dengan doktor tentang sakit anda serta cara-cara mencegahnya.
  5. Menjaga kebersihan kawasan sekitar tempat tinggal
  6. Tahu apa penyebab utama yang membuatkan anda diserang asma.
  7. Berhenti merokok dan jauhi asap rokok.
  8. Menghindari daripada mempunyai haiwan peliharaan.
  9. Melakukan olahraga yang bersesuaian dengan keadaan kesihatan diri serta tidak berlebihan.

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit asma di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Asthmatreatmentcure.html

Sihat Bersama TCMfb

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *