Awas! Delirium!
Hai semua, hari ini tcm nak kongsi dengan anda semua berkenaan dengan sejenis gangguan mental serius yang dikenali sebagai delirium. Gangguan ini dapat membuatkan penderitanya mengalami kekeliruan dan membuatkan tahap kepekaan mereka terhadap persekitaran semakin berkurang. Delirium bersifat sementara dan kebiasaannya dapat berlaku secara mendadak.
Delirium bukanlah sejenis penyakit. Akan tetapi, delirium adalah suatu keadaan mental yang tidak normal. Secara umumnya, delirium boleh disimpulkan sebagai masalah gangguan mental yang membuatkan seseorang itu mengalami penurunan fungsi-fungsi mental mereka.
Faktor Penyebab Delirium
Terdapat pelbagai keadaan atau penyakit yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami delirium. Antaranya seperti masalah dehidrasi ringan, kesan daripada keracunan ubat-ubatan ataupun kesan daripada jangkitan-jangkitan tertentu. Delirum banyak ditemui terjadi pada mereka yang telah lanjut usianya. Berikut disenaraikan beberapa faktor yang mendorong seseorang itu mengalami delirium :
- Kesan pengambilan alkohol
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Kadar elektrolit, garam dan mineral yang tidak normal
- Kesan daripada masalah dehidrasi
- Mengalami pengumpulan darah di bawah tengkorak yang dapat menekan otak (hematoma subdural)
- Mengalami jangkitan yang dapat menyerang otak seperti meningitis dan ensefalitis
- Fungsi jantung atau paru-paru yang teruk sehingga membuatkan kadar oksigen berkurang dan kadar karbon dioksida meningkat di dalam darah.
- Mengalami tumor otak
- Kekurangan vitamin seperti vitamin B12
Gejala-Gejala Delirium
- Mengalami kurang kepekaan terhadap kawasan persekitaran
- Mengalami gangguan emosional seperti gelisah, takut atau paranoid
- Kemampuan untuk berfikir yang semakin menurun (gangguan kognitif)
- Mengalami perubahan tingkah laku seperti berhalusinasi, gelisah, agresif dll
Jenis-Jenis Delirium
Mengikut gejala-gejala yang ditunjukkan oleh penderita delirium. Delirium dapat dikategorikan kepada tiga jenis. Antaranya :
- Delirium Hiperaktif : Penderita akan sering gelisah serta memiliki mood yang berubah-ubah. Selain itu, mereka juga akan berhalusinasi.
- Delirium Hipoaktif : Penderita menjadi kurang aktif dan seterusnya mengurangkan aktiviti pergerakannya dan mereka juga kelihatan lesu.
- Delirium Campuran : Penderita yang mengalami delirium jenis ini biasanya akan menunjukkan kedua-dua perubahan gejala diantara delirium hiperaktif dan juga delirium hipoaktif.
Langkah Pencegahan Delirium
- Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi serta tempat tidur yang selesa.
- Pastikan anda minum air kosong yang mencukupi bagi mengelakkan daripada mengalami masalah dehidrasi
- Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan terlarang
- Amalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman ringan di siang hari
- Jaga kesihatan diri agar tidak mendapat sebarang jangkitan yang berbahaya kepada kesihatan diri
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://doktersehat.com/delirium-penurunan-kesadaran/
http://www.alodokter.com/delirium