Bagaimana Untuk Merebus Telur Menjadi kekuningan

Berikut adalah tips untuk menjadikan telur rebusan anda menjadi kekuningan. keadaan ini terjadi disebabkan putih telur telah menjadi sebati dengan kuning telur.

Anda  memerlukan telur,segulung kain, getah/tali pengikat dan bekas merebus untuk merebus telur

Mula-mula anda perlu memasukkan telur ke dalam segulung kain, setelah itu ikatkan getah atau tali dikedua-dua belah kain supaya telur tidak berganjak di dalam gulungan kain tersebut.setelah yakin bahaya telur yang dimasukkan tidak akan terkeluar dari gulungan tersebut, seterusnya anda perlu memusingkan kain tersebut berulang-ulang kali untuk sebatikan kuning dan putih telur. Pusingan harus dilakukan dengan pantas,setelah itu barulah anda memasukkan telur tersebut ke dalam air untuk dipanaskan. Rebus sehingga munculnya buih-buih kecil di dalam bekas tersebut, tidak perlu menunggu sehingga air terlalu mendidih. kemudian tutup api dan biarkan sehingga kira-kira 15 minit telur tersebut di dalam bekas. setelah itu barulah anda mengeluarkannya dan basuh telur tersebut dengan air sejuk untuk memudahkan anda mengupas kulitnya.

Lihat video ini tentang cara-cara tersebut  :

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

Selamat Mencuba 🙂

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *