Baik buruk kanta lekap

oie_mqGE5EXGcwza

Kanta lekap sudah diperkenalkan sejak awal tahun 70-an lagi. Kanta lekap diperkenalkan sebagai jalan alternatif bagi menggantikan penggunaan cermin mata. Kanta lekap dapat membantu individu yang mengalami masalah seperti rabun jauh, rabun dekat serta silau. Namun begitu, penggunaan kanta lekap semakin meningkat apabila ianya juga digunakan sebagai tujuan kosmetik selain daripada perubatan. Terdapat perbagai pilihan warna kanta lekap yang terdapat dipasaran sekarang ini. Adakah kanta lekap selamat digunakan? Semuanya juga bergantung kepada cara penggunaan dan disiplin diri penggunanya. Penggunaan kanta lekap lebih memerlukan penjagaan yang khusus berbanding penggunaan cermin mata. Kebersihan adalah salah satu faktor penting yang perlu ada pada diri seseorang itu sekiranya dia berhasrat ingin menggunakan kanta lekap.

animasi

Antara kebaikan memakai kanta lekap :

  1. Selamat digunakan serta boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing
  2. Tidak berkabus sekiranya berubah tempat dari sejuk ke kawasan yang lebih panas
  3. Tidak akan terjatuh sekiranya kita berlari, bersenam atau menari
  4. Penglihatan tidak terbatas seperti menggunakan cermin mata
  5. Membantu memberi keselesaan kepada orang yang rabun tetapi aktif bersukan
  6. Menjadikan mata kita lebih menarik dan cantik

oie_trans

Antara risiko dan kesan buruk kanta lekap :

Dengan menggunakan kanta lekap, kita juga terdedah dengan beberapa risiko tersendiri sekiranya kita tidak menggunakannya dengan cara yang betul. Secara amnya, kanta lekap bertindak sebagai suatu benda asing yang kita letak di atas mata. Jadi, ianya berpotensi bertindak sebagai penyebar kuman atau bakteria sekiranya kita tidak menjaganya atau menggunakannya dengan betul.

1. Pengurangan oksigen

– Seperti mana kita, yang perlukan oksigen untuk bernafas. Begitu juga dengan mata, mata juga memerlukan oksigen. Pada waktu tidur, oksigen pada mata, berkurangan sehingga 1/3 daripada waktu mata berjaga pada waktu siang. Penggunaan kanta lekap sewaktu tidur, akan mengakibatkan mata kekurangan oksigen secara ketara. Serta, boleh mengakibatkan lapisan permukaan mata mudah mengalami pembengkakan. Pemakai kanta lekap hendaklah menanggalkan dahulu kanta lekap sebelum masuk tidur.

2. Iritasi (Kegatalan)

– Iritasi disebabkan oleh jangkitan mata dan boleh menyebabkan kebutaan. Jadi, tangan hendaklah dicuci dengan bersih terlebih dahulu, sebelum mengendalikan kanta lekap. Supaya, tidak dijangkiti bakteria atau kuman semasa memakainya. Antara sebab-sebab ianya terjadi adalah melalui perawatan dan pemeliharaan yang tidak sempurna. Ia juga boleh berpunca daripada tempat penyimpanan kanta lekap yang tidak dibersihkan dan menjadi tempat bakteria merebak.

3. Mata merah

– Kanta lekap boleh menyebabkan mata mudah tergores dan teriritasi. Antara tanda awalnya ialah mata menjadi merah. Pemakai kanta lekap disarankan untuk membuang kanta lekap apabila mata menjadi merah. Ini kerana, dihuatiri akan dijangkiti kuman.

YOYO59960124BB8FBDDEFA01A974E169

Setiap perkara, ada baik buruknya. Sekiranya kita menggunakan kanta lekap dengan cara yang betul. Pasti kita dapat mengelakkan risiko terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini. Selain itu, kita juga dinasihatkan supaya meminta nasihat daripada doktor sebelum menggunakan kanta lekap. Pada pendapat saya, sekiranya anda dapat menjaga kebersihan dalam penggunaan kanta lekap dan menggunakannya dengan cara yang betul serta tidak berlebih-lebihan. Saya pasti kanta lekap dapat memberikan kita banyak kebaikan. Terutamanya kepada mereka yang memakai cermin mata tetapi aktif bersukan. 🙂

a-good-idea1

Disini, ingin saya kongsikan cara penggunaan kanta lekap yang betul :

  1. Cuci tangan bersih2 dengan menggunakan sabun dan biarkan tangan anda kering terlebih dahulu sebelum menyentuh kanta lekap.
  2. Letakkan kanta lekap ditapak tangan anda, seterusnya titiskan cecair khas(Pencuci kanta lekap) untuk mencuci kanta lekap terlebih dahulu.
  3. Gosok kanta lekap dengan perlahan-lahan.
  4. Masukkan kanta lekap dengan cara yang betul pada mata anda. Kebiasaannya, anda boleh letakkan kanta lekap tersebut dihujung jari anda bagi memudahkan anda untuk memasukkannya.
  5. Pastikan anda tidak memakai kanta lekap terlalu lama(8 jam ke bawah).
  6. Sekiranya anda ingin tidur, buka kanta lekap terlebih dahulu
  7. Basuh tangan anda bersih2 seperti langkah ke-1 sebelum membuka kanta lekap.
  8. Cuci kanta lekap anda seperti langkah ke-2.
  9. Pastikan bekas untuk menyimpan kanta lekap anda telah dicuci dan ditukar air rendaman kanta lekap tersebut. Setelah semuanya selesai, simpan kanta lekap anda ke dalam bekasnya bagi pengunaan pada hari lain pula.

 

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *