Batuk Kokol
Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mengalami batuk. Walaupun begitu, adakah anda tahu apa itu batuk kokol? Batuk kokol juga dikenali sebagai “Pertussis” (Whooping Cough) di dalam bahasa Inggeris. Penyakit ini amatlah mudah untuk berjangkit. Selain itu, ia juga merupakan salah satu penyakit bervaksin yang boleh menyebabkan kematian. Oleh itu, kita tidaklah boleh memandang rendah terhadap penyakit seperti ini. Kita hendaklah mengetahui akan langkah-langkah pencegahannya serta langkah-langkah rawatannya, sekiranya kita berkemungkinan menghidapinya.
Penyakit batuk kokol ini adalah disebabkan oleh sejenis bakteria yang dinamakan “Bordetelia Pertussis”. Ianya berlaku apabila saluran pernafasan tersekat-sekat disebabkan oleh jangkitan. Perkara ini berlaku terutamanya pada kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun. Pada permulaannya, mereka yang menghidapi penyakit ini akan batuk sekali sekala sahaja. Seterusnya ia akan bertukar menjadi batuk kokol yang berpanjangan. Batuk tersebut akan berlarutan hinggalah akhirnya pesakit tersebut muntah. Penyakit ini, sekiranya dibiarkan, boleh menyebabkan terjadinya kerosakan otak.
Gejala2 Batuk Kokol :
- Batuk
- Hidung Berair
- Pernafasan nyaring (whoop)
- Bersin
- Batuk mengejut (paroxysmal)
- Muntah setelah batuk
- Demam
- Pendarahan dalam kepala (subconjunctival hemorrhage)
- Kencing berterusan
- Buasir
- Pengsan selepas batuk (syncope)
Bagaimana Jangkitan Batuk Kokol Terjadi :
Jangkitan daripada batuk kokol adalah melalui titisan air yang disebarkan melalui angin yang membawa titisan air tersebut. Apabila seseorang yang menghidapi batuk kokol batuk, udara di sekelilingnya akan tercemar. Seterusnya, mereka yang berada berdekatan dengannya akan turut mudah dijangkiti disebabkan oleh udara yang telah tercemar. Bagi mereka yang telah pun mendapat vaksin bagi penyakit ini atau pernah mendapat batuk kokol, akan mempunyai imun yang tinggi. Di mana, mereka berkemungkinan cuma akan mendapat jangkitan yang sederhana sahaja untuk beberapa tahun kemudian. Oleh itu, orang ramai amat digalakkan mendapatkan vaksin.
Tips2 Penting :
- Seseorang yang mempunyai gejala batuk, hendaklah mengamalkan adab batuk (menutup mulut dengan tangan apabila batuk dan seterusnya mencuci tangan dengan bersih)
- Mengelakkan daripada mencium bayi, ini kerana bayi berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini
- Sekiranya terdapat kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini di pusat asuhan, elakkan daripada bayi yang dibawah umur setahun daripada masuk melainkan mereka telah mendapat vaksin untuk penyakit tersebut dengan masa dalam empat minggu diantara vaksin tersebut.
- Jangkitan batuk kokol dapat dikurangkan dengan antibiotik seperti erythromycin
Rawatan Batuk Kokol :
Kepada mereka yang mengalami masalah ini. Pasti sedar akan kesannya yang sangat berbahaya terhadap kesihatan kita. Oleh itu, TCM pasti ramai yang tercari-cari akan rawatan yang berkesan di dalam mengubati penyakit ini. Di sini, TCM ingin kongsikan info yang sangat-sangat berguna kepada mereka yng mengalami masalah ini. TCM cadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ini, untuk melapangkan masa dan berkunjung The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center. Mereka sememangnya berpengalaman luas di dalam mengubati penyakit seperti ini.
Baca info selanjutnya di :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Rawatan_Herba_Batuk_Kokol.html
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html