Bisul Lagi ??
Hai semua. Hari ni kita nak cerita tentang bisul pulak. Boleh dikatakan hampir semua orang pernah mendengar ataupun alaminya sendiri kan? Bagi yang dah ada pengalaman tu, mesti faham betapa seksanya kena bisul nie. Jom kita tengok lebih lanjut berkenaan dengan bisul ni. Selain dapat memberikan gambaran yang lebih jelas berkenaan dengan bisul ni pada yang tak tahu..
Kita juga dapat sama-sama berkongsi bagaimana cara nak elakkan bisul daripada terjadi berulang kali. Ini merupakan perkara yang biasa terutamanya bagi mereka yang mempunyai antibodi badan yang lemah. Bisul dalam bahasa perubatannya disebut “furunkel”, iaitu jangkitan bakteria yang menyerang kulit seseorang itu melalui folikel rambut (ruangan kecil tempat satu akar rambut tumbuh).
Bakteria-bakteria tersebut akan masuk melalui liang-liang rambut dan kemudiannya berkembang dengan membiak pada akar atau kantung rambut (folikel). Bakteria tersebut dikenali sebagai streptococcus dan staphylococcus. Tcm pasti ramai yang geram nak picit bila berlakunya bisul kan? Perbuatan tersebut sebenarnya adalah sangat tidak digalakkan. Ini adalah kerana :
- Sekiranya bisul tersebut bernanah, ia akan menyebabkan jangkitan tersebut merebak kebahagian kulit yang lain.
- Walau kelihatan seperti masalah anda akan selesai setelah memicitnya, ia sebenarnya melambatkan lagi proses pemulihan.
- Selain daripada itu, anda juga akan merosakan tisu pada kawasan sekitarnya.
- Bagi wanita terutamanya, tahukah anda, perbuatan memicit akan meninggalkan parut pada kulit anda?
Gejala-Gejala Bisul
- Terdapat ketulan yang berwarna merah jambu atau merah pada kulit
- Terdapat lelehan mengandungi darah pada bisul tersebut
- Terdapat nanah pada bahagian tengah bisul
- Merasa sakit apabila disentuh atau terlanggar pada kawasan kulit tersebut
- Kulit menjadi kemerahan dan bengkak disekitar kulit yang dijangkiti
Golongan Yang Berisiko
Diantara mereka yang berisiko tinggi mendapat masalah ini ialah mereka yang mengalami masalah anemia, kurang zat besi, daya ketahanan badan yang rendah, pesakit diabetes, individu yang kurang menjaga kebersihan diri, mereka yang mempunyai alahan tertentu dan lain-lain lagi.
Langkah Mengatasi Bisul
- Tuamkan dengan menggunakan tuala yang direndam air panas bagi mengurangkan radang
- Tuam panas bagi meningkatkan aliran darah supaya lebih banyak sel-sel yang dapat membantu menghapuskan jangkitan serta cepatkan proses pemulihan
- Selain itu, anda boleh mendapatkan ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti ubat anti-radang atau antibiotik
- Pastikan juga kebersihan diri anda sentiasa terjaga
- Amalkan gaya hidup yang sihat dengan gaya pemakanan yang seimbang
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html