BRONCHITIS TERHADAP KANAK KANAK
Bronchitis terhadap kanak kanak.
Bila dalam keadaan sejuk, anak anak kita mengalami batuk batuk dan kesukaran untuk bernafas dan disusuli demam pula.
Adakah anda tahu anak anda sedang mengalami simptom-simptom kemungkinan dijangkiti “ACUTE BRONCHITIS” atau dalam bahasa mudahnya “RADANG PARU PARU” dimana dalam keadaan ini lapisan pada dinding saluran pernafasan utama anak anda terkena jangkitan atau radang.
Ok, disini saya nak berkongsi sedikit sebanyak tentang penyakit ini. Sebab yang sepatutnya langkah pencegahan dibuat seawal usia kanak kanak sebelum sesuatu penyakit itu bertambah teruk dan akhir nya menyukarkan untuk penyembuhan. Jika tidak dirawat seawal mungkin, anak anak ini boleh diserang asthma (semput) seterusnya eczema dan resdung.
Kanak kanak boleh mendapat asthma jika salah sorang ahli keluarga menghidapnya kerana ia adalah penyakit keturunan yang diwarisi dalam keluarga. Peratusan kanak kanak untuk mendapat asma adalah 6% akan tetapi boleh meningkat kepada 30% jika salah seorang daripada ibu atau bapa yang menghidap asma. Jika kedua kedua ibubapa menghidap asma, peratusan sangat tinggi untuk kanak kanak tersebut menghidapnya.
SIMPTOM – SIMPTOM
1 – Sakit dada
2 – Sakit tekak
3 – Rongga tersumbat
4 – Sukar bernafas
5- Demam
6 – Lesu badan
FAKTOR PENYEBAB ASMA
1- Habuk
2- Bulu binatang
3- Air liur @ air kencing binatang peliharaan
4- Kulat
5- Minyak wangi
6- Asap rokok
7- Tahi/bangkai lipas
8- Wap cat/bahan pencuci
Bantu anak anak anda mengawal asmanya dengan ambil ubat secara tetap walaupun anak anda tidak lagi menunjukkan sebarang gejala penyakit. Simpan, asing dan kawal benda benda yang membolehkan menjadi pencetus asma. Cuci sekerap mungkin cadar, sarung bantal, selimut untuk kualiti kebersihan yg terbaik. Ambil makanan tambahan yang boleh membantu anak anak menguatkan antibody seterusnya mampu mengurangkan serangan asma.
Ok, harap entry dapat memberi sedikit sebanyak ilmu tentang penting nya kawalan awal terhadap penyakit anak anak kita.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html