Chondromalacia Patella

oie_XDTUZUnu7pZR

Chondromalacia patella (CMP) adalah sejenis penyakit yang melibatkan tulang rawan (kartilaj) yang meliputi permukaan belakang tulang tempurung (patella) lutut manjadi lembut, tidak normal serta rosak. Ia merupakan penyerap hentakan semulajadi dan apabila ianya terlebih guna, ia akan mengundang kepada terjadinya CMP. Faktor umum yang biasanya menyebabkan CMP ini terjadi adalah proses penyusutan tulang rawan yang berlaku disebabkan oleh aktiviti berlebihan ataupun pergerakan tulang tempurung lutut yang tidak normal. Proses ini berlaku apabila lutut dibengkokkan atau diluruskan, tulang tempurung akan menggelongsor ke tulang rawan. Normalnya, tulang tempurung akan digerakkan oleh otot paha dalam satu garis lurus. Akan tetapi CMP menyebabkan pergerakan tulang tempurung lebih kepada luar lutut. Ini seterusnya menyebabkan ia memberi lebih tekanan kepada tulang rawan pada bahagian luar persendian patellafemoral lutut. Kemudiannya akan menyebabkan radang yang kronik serta sakit yang berpanjangan.

 

Antara gejala2 CMP :

  1. Sakit pada bahagian lutut sewaktu sedang berlutut
  2. Sakit pada lutut setelah duduk untuk tempoh yang lama
  3. Merasa nyeri pada bahagian lutut depan
  4. Ketika meluruskan kaki, lutut akan terasa seperti dicucuk-cucuk dengan sesuatu
  5. Sakit pada bahagian lutut ketika berjalan menaiki atau menurun tangga
  6. Lutut terasa kaku

 

Golongan yang berisiko mendapat CMP :

  1. Pelari yang mempunyai tapak kaki yang rata
  2. Golongan muda yang rajin bersukan
  3. Pelari dengan kedua-dua lututnya berlaga
  4. Golongan wanita

 

Antara 3 sebab kenapa CMP terjadi :

  1. Trauma pada tempurung lutut seperti dislokasi atau pecah
  2. Memakai kasut yang ukurannya tidak mengikut saiz kaki sendiri yang sesuai
  3. Otot pinggul yang lemah

 

Terdapat pelbagai cara yang boleh kita amalkan bagi membendung masalah ini. Antaranya ialah :

  1. Menurunkan berat badan yang berlebihan ( Secara tidak langsung, dapat mengurangkan tekanan berlebihan kepada lutut )
  2. Lakukan regangan otot agar dapat menjadikan otot-otot lebih fleksibel
  3. Sentiasa menjaga kesihatan dan kekuatan otot paha
  4. Sentiasa panaskan badan sebelum melakukan senaman ataupun bersukan
  5. Menggunakan kasut dengan ukuran yang sesuai mengikut saiz kita sendiri
  6. Melakukan senaman kaki. agar otot kaki lebih kuat

 

Rawatan Alternatif : Chinese Master Tole

Bagi yang menghidapi masalah ini, masih ada jalan buat mengubati sakit anda. Di The Tole Acupuncture Herbal-Medical Center, mereka amat berpengalaman di dalam mengubati penyakit seperti ini. Mereka menggunakan teknik rawatan alternatif beserta ubat-ubatan herba yang sangat tinggi khasiatnya tanpa sebarang kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan. Saya sangat2 mencadangkan anda untuk berkunjung ke sana. Jika bukan untuk diri anda. Lakukanlah buat yang tersayang. 🙂

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *