Demam Denggi
Sihat Bersama Tcm ingin mengucapkan selamat menyambut perayaan Hari Deepavali kepada semua pembaca yang beragama Hindu. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu. 🙂 Disamping meluangkan masa bersama dengan yang tersayang, kesihatan tetaplah harus dijaga yea. ^^ Selain penjagaan diri, persekitaran juga hendaklah selalu dipantau dan dijaga.
Penyakit yang akan dibincangkan pada hari ini adalah berkaitan dengan persekitaran kita. Ini kerana, persekitaran yang tidak bersih dapat menjadi penyebab bagi sesuatu penyakit itu tersebar. Salah satu penyakit tersebut ialah “Denggi”. Ianya disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Nyamuk dapat membiak sekiranya terdapat takungan air (seperti di dalam bekas).
Demam denggi merupakan sejenis penyakit berjangkit yang sangat berbahaya. Ianya berpunca daripada virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes. Cara penyebarannya adalah melalui kesan gigitan nyamuk aedes betina yang mempunyai virus denggi kepada seseorang yang sihat. Virus denggi seterusnya akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3-14 hari sebelum menunjukkan sebarang gejala.Gejala-Gejala Denggi:
- Demam yang kuat serta mengejut dan berterusan
- Terjadinya bintik-bintik merah pada kulit
- Mengalami kesakitan yang teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
- Mengalami pendarahan pada badan, hidung dan juga mulut
- Sakit perut serta cirit-birit
- Hilang selera untuk makan seperti biasa
- Merasa mual dan muntah-muntah
- Lidah yang sering terasa pahit
- Tubuh badan lemah dan tidak bermaya
Menurut kajian pada 4hb Jan 2015 sehingga 3hb Feb 2015, kes denggi yang direkodkan mengikut negeri-negeri di Malaysia menjadikan Selangor sebagai negeri yang mempunyai rekod tertinggi sebanyak 6915 kes. Jadi, bagi mereka yang menetap di Selangor terutamanya, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga. Demam denggi dapat terjadi kepada sesiapa sahaja.
- Demam Denggi Klasikal – Pesakit yang mengalami demam denggi jenis ini kebiasaannya akan menunjukkan gejala-gejala seperti demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala bagi denggi jenis ini biasanya tidak membawa maut serta tidak teruk. Nama lain bagi demam denggi jenis ini ialah “Demam Patah Tulang” atau “Breakbone Fever”.
- Demam Denggi Berdarah – Golongan yang biasanya menghidapi denggi jenis ini ialah mereka yang berumur diantara 2-13 tahun. Gejala-gejala awal yang biasanya ditunjukan pesakit adalah sama seperti demam denggi klasikal. Akan tetapi, setelah beberapa ketika ianya diikuti pula dengan gejala yang lebih teruk seperti :
- Tekanan darah rendah
- Bintik-bintik merah di badan
- Mengalami pendarahan pada gusi
- Najis yang mengandungi darah
- Mengalami sawan
Hanya melalui gigitan daripada nyamuk aedes, seseorang itu berpotensi mengalami penyakit ini. Malah, pembiakannya juga sangat mudah sekali. Disebabkan itulah, langkah-langkah pencegahan hendaklah diambil berat bagi mengelakkan daripada nyamuk tersebut membiak dan mendatangkan penyakit kepada kita. Antara langkah pencegahannya ialah :
- Menghapuskan nyamuk yang menjadi pembawa denggi
- Menghapuskan semua takungan air yang terbiar
- Menggunakan ubat jentik-jentik
- Memasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu
- Menggunakan kelambu sewaktu tidur
- Membuat semburan (fogging) bagi menghapuskan aedes
- Menggunakan ubat nyamuk sewaktu tidur
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html