DEMAM KUNING (JAUNDIS)
Demam kuning atau Jaundis terjadi hamper 60-70% pada bayi baru lahir. Ia terjadi apabila bilirulin iaitu pigmen kuning yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah. Demam kuning ini biasanya berlaku dari hari pertama hingga ke-4 tetapi bergantung kepada jenis demam kuning. Sekiranya selepas 14 hari bayi masih tidak ada tanda tanda tadi, mungkin bayi anda terselamat dari terkena penyakit utama bayi yang baru dilahirkan.
Punca Demam Kuning
1- Masalah serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal
2- Kurang diberi susu ibu
3- Jangkitan atau kelahiran yang trauma
Rawatan Demam Kuning
Rawatan berkonsep fototerapi akan digunakan :-
1) Penggunaan cahaya bililight (bukan dengan cahaya matahari) dengan bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun.
2) Ada dalam kes kes tertentu, penukaran darah bayi akan dijalankan kerana ini langkah yang lebih cepat.
Bagaimana nak mengenalpasti penyakit demam kuning
1) Jika bayi anda asyik mengantuk, kerap tidur, tidak kerap membuang air besar dan kurang menyusu seperti biasa sila periks
a kulit bayi anda.
2) Pemeriksaan boleh dibuat sendiri dengan menekan kulit bayi dibawah cahaya yang banyak.
3) Tekankan secara lembut dengan jari anda dibahagian hidung, dahi dan dada. Sekiranya ada kesan kekuningan selepas jari diangkat, bayi anda mengalami demam kuning.
4) Jika bayi anda berkulit gelap, periksa pada gusi atau putih mata. Jika warna kekuningan sila dapatkan rawatan selanjutnya di hospital.
5) Darah bayi diambil untuk mengetahui kandungan bilirulin. Sekiranya kandungan bilirulin tinggi dalam darah pengawasan rapi doktor diperlukan.
Kesan demam kuning terhadap bayi sekiranya tanpa rawatan yang betul;
1) Pendengaran bayi akan terjejas
2) Proses perkembangan otak bayi akan terganggu.
Risiko demam kuning adalah tinggi sekiranya:-
1) Bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan
2) Bayi lahir pramatang ( sebelum 28 minggu )
3) Darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan tidak sama.
4) Sejarah adik beradik sibayi yang pernah mengalami demam kuning
5) Mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan ubat.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya: