Disentri
Hai semua, hari ini tcm akan berkongsi kepada anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai “Disentri”. Ok, apa itu disentri?? Disentiri adalah sejenis jangkitan yang berlaku pada usus dan boleh menyebabkan cirit-birit dengan darah atau lendir. Diarrhea atau lebih dikenali sebagai cirit-birit adalah najis berair yang berlaku tiga kali atau lebih dalam masa 24jam.
Selain diarrhea, gejala-gejala disentri yang lain adalah seperti berlaku kekejangan perut, loya, muntah-muntah dan lain-lain. Kebersihan yang teruk dan kekurangan air bersih, terutamanya di kawasan yang mempunyai penduduk yang padat boleh meningkatkan risiko penyebaran penyakit ini. Selain itu, faktor-faktor yang lain adalah seperti pencemaran makanan dan juga minuman.
Gejala2 Disentri :
- Berlaku kekejangan pada bahagian perut
- Merasa mual-mual
- Kerap buang air besar (diarrhea)
- Suhu badan yang tinggi
- Kurang cecair di dalam tubuh badan (dehidrasi)
- Penderita sering merasa haus
Langkah2 Pencegahan :
- Cuci tangan sebelum dan sesudah makan
- Mencuci tangan sebelum memasak
- Mengelakkan daripada memakan makanan yang tidak terjamin kebersihannya
- Mencegah daripada berlakunya dehidrasi
- Menyimpan makanan di dalam peti sejuk serta elakkan makanan terdedah di bawah cahaya matahari dan suhu bilik
- Mendapatkan nutrisi yang cukup
- Menjaga kebersihan diri dan kawasan persekitaran
Bagi penderita disentri, mereka dapat menghentikan penyebaran disentri dengan mengamalkan beberapa tips pencegahan ini. 🙂 Pastikan anda sentiasa mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Pastikan tangan bersih setelah keluar dari tandas serta selalu menjaga kebersihan tandas.
Seterusnya, pastikan anda tidak menggunakan tuala atau perkakas makan yang sama dengan ahli-ahli rumah yang lain. Setelah itu, pesakit disentri juga disarankan agar tidak keluar dari rumah sekurang-kurangnya 48 jam selepas tempoh berakhirnya disentri.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html