Disleksia
Hye 🙂
Korang pernah dengar tak mengenai disleksia?
Okey sebenarnya perkataan nie memang agak asing bagi masyarakat Malaysia. Ini kerana agak kurangnya sumber informasi atau mungkin juga masyarakat kita yang agak konservatif dan lebih senang menyerah kepada takdir semata-mata. Berbanding dengan masyarakat diluar Negara yang sudah terdedah dengan maklumat Disleksia ini.
Kengkawan, sebenarnya Disleksia ini bukanlah penyakit tetapi ianya dianggap satu gangguan dalam pemelajaran bagi kanak-kanak. Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu “DYN” bermakna susah, dan “LEXIA” bermakna tulisan. Herm… Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.
Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti mengenali abjad, nama planet dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.
Ni ha antara nama-nama besar yang menghidap Disleksia antaranya Orlando Bloom (pelakon), Tom Cruise (pelakon), Keanu Reeves (pelakon), Guy Ritchie (pengarah filem), Albert Einstein (saintis) dan sebagainya…
 setiap kekurangannya ada kelebihannya.. ye dak?
Ciri-ciri penghidap Disleksia:-
Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas
Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf “p” dianggap “q” dan hurf “b” dianggap “d”.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis
Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
Jom kengkawan lihat contoh tulisan tangan murid Disleksia nie:
Rawatan yang sesuai untuk penghidap Disleksia:-
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas penghidap di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir, dan sosial. Jangan risau…setiap penyakit itu ada rawatannya…..
Semua ini boleh membantu dan menegembalikan ke tahap normal dengan Menggunakan Neuro Akupunktur Qi Qong dan serbuk Herba Otak. Masa yang diperlukan adalah berlainan antara satu sama lain. Ia mungkin perlu antara 2 minggu hingga 6 bulan bergantung kepada komplikasi yang teruk setiap kes.
Neuro Akupunktur dan serbuk herba otak akan menjana semula sel-sel otak dan juga akan memperbaiki aliran Qi di dalam otak.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html