Efusi Pleura (Pleural Effusion)
Salam khamis semua. Artikel yang tcm ingin kongsikan pada hari ini adalah mengenai efusi pleura (pleural effusion). Efusi pleura merupakan suatu keadaan di mana berlakunya pengumpulan cecair diantara dua lapisan pleura. Pleura adalah suatu lapisan membran yang memisahkan paru-paru dan dinding dada pada bahagian dalam.
Cecair yang dihasilkan pleura ini sebenarnya berfungsi sebagai pelincir yang membantu melancarkan pergerakan paru-paru ketika bernafas. Walaupun begitu, sekiranya cecair yang dihasilkan tersebut terlalu banyak, ia dapat menyebabkan tekanan pada paru-paru hingga seterusnya seseorang itu mengalami kesukaran bernafas.
Gejala-Gejala Efusi Pleura
- Demam
- Sakit pada bahagian dada (kebanyakan kes tidak merasa sakit)
- Batuk kering
- Sesak nafas
- Batuk kering
Gejala di atas hanyalah sebilangan kecil sahaja antara gejala yang dapat dialami pesakit efusi pleura. Sekiranya anda mengalami gejala seperti di atas atau lain-lain gejala, tcm sarankan agar anda segera berjumpa dengan doktor bagi melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Penyebab Efusi Pleura
Efusi pleura dapat disebabkan oleh keradangan atau jangkitan yang terjadi pada bahagian paru-paru. Selain itu, terdapat beberapa lagi keadaan yang dapat menyebabkan terjadinya efusi pleura. Antaranya seperti :-
- Jangkitan paru-paru (pneumonia), tuberkulosis dan kanser dapat menyebabkan keradangan pada paru-paru dan pleura
- Mengalami kegagalan jantung kongestif
- Masalah sirosis (masalah fungsi hati buruk)
- Emboli paru : mengalami penyumbatan pada arteri paru-paru
- Penyakit ginjal yang serius hingga dapat mempengaruhi bagaimana cecair di simpan di dalam tubuh badan.
- Menghidapi lupus dan penyakit autoimun yang lain
Rawatan Efusi Pleura
Rawatan yang dapat dilakukan bagi merawat efusi pleura adalah dengan menyembuhkan keadaan yang menyebabkannya. Contoh seperti rawatan kanser dengan radioterapi dan kemoterapi atau pneumonia dengan antibiotik. Apabila cecair efusi pleura sudah terlalu banyak, doktor akan cuba untuk mengeluarkan cecair yang terkumpul tersebut.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=efusi+pleura+adalah
https://hellosehat.com/penyakit/efusi-pleura/
https://www.alodokter.com/efusi-pleura