Epidermolsysi Bullosa
Hai semua 🙂 Dengan tubuh badan yang sihat, kita lebih mudah melakukan pelbagai aktiviti. Kesihatan merupakan satu aspek yang sangat penting di dalam kehidupan kita. Dengan penjagaan kesihatan yang teliti, kita dapat memiliki kehidupan yang lebih baik. Walaupun langkah penjagaan kesihatan adalah sama bagi setiap orang. Namun, tahap penjagaannya adalah mengikut keadaan kesihatan individu itu sendiri.
Sebagai contoh, orang yang memiliki sistem ketahanan badan yang rendah semestinya memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih berbanding mereka yang memiliki sistem ketahanan badan yang tinggi. Untuk topik kali ini, kita akan membincangkan lebih mendalam berkenaan dengan sejenis penyakit yang berkaitan dengan kulit kita. Pernahkah anda terfikir, kulit anda menjadi serapuh sayap rama-rama?
Sekiranya hal itu berlaku, pasti kita akan memerlukan penjagaan yang lebih terhadap kulit kita bukan? Perkara inilah yang dialami oleh pesakit yang menderita EB. Apa itu EB? Epidermolsysi Bullosa (EB) atau juga dikenali sebagai penyakit kulit rapuh merupakan sejenis penyakit tisu perantara yang diwarisi menyebabkan lepuh pada kulit sekiranya terkena trauma fizikal seperti luka melecet, gesekan dll.
Kulit yang sihat, kebiasaannya memiliki tiga lapisan. Akan tetapi, di dalam kes ini, pesakit hanya mempunyai dua lapisan kulit. Mereka tidak mempunyai lapisan kulit yang tengah yang menjadi pemegang bagi lapisan kulit luar (epidermis) dan juga dalam (dermis) bersama-sama. Menurut kajian, terdapat banyak kes bayi yang meninggal disebabkan mengalami jangkitan pernafasan daripada EB.
Istilah Lain Bagi EB
- Kanak-Kanak Rama-Rama
- Penyakit Kulit Rapuh
- Bayi Bulu Kapas
- Kanak-Kanak Kulit Crystal
Gejala-Gejala EB
- Kulit – Gejala utama penyakit EB dapat dilihat pada kulit pesakit. Di mana, kulit pesakit akan terjadi ruam, luka atau lecet. Kesan seperti melecur juga mampu membuatkan pesakit mengalami kesakitan yang perit hingga sukar untuk bergerak. Selain itu, ia juga mampu menyebabkan seseorang itu mengalami kanser kulit.
- Pernafasan – Gejala seterusnya dapat dilihat pada pernafasan pesakit yang mengalami gejala-gejala seperti kelemahan di dalam mendapatkan oksigen yang secukupnya. Ianya adalah suatu gejala yang perlu diberi perhatian kerana dapat menyebabkan pesakit yang mengalaminya maut disebabkan sesak nafas.
- Rambut – Gejala yang seterusnya ialah, pesakit mengalami masalah keguguran rambut yang berkaitan dengan EB. Perkara ini disebabkan oleh kulit kepala yang melepuh, kesan daripada EB. Bayi yang dilahirkan dengan penyakit ini juga sebaiknya dielakkan daripada menggaru kepala.
- Dalaman – Gejala yang lain pula ialah terjadinya lepuh dalaman. Ianya tersebar daripada lepuhan yang asalnya terjadi pada bahagian luar kulit pesakit. Antara organ yang berisiko mengalami masalah ini ialah perut, pundi kencing, mulut, usus, saluran kencing dan tekak.
Tips2 Menghadapi EB
- Elakkan daripada memakai kasut yang dibuat daripada bahan yang kasar serta terlalu ketat
- Elakkan daripada berlaku sebarang kecederaan pada kulit pesakit
- Pastikan katil pesakit lembut serta segala peralatan tidurnya seperti cadar, bantal, selimut juga lembut
- Pastikan pesakit sentiasa berada di tempat yang bersuhu rendah (sejuk)
- Jika sudah terdapat kesan lepuh/lecur, pastikan kebersihan dijaga dengan sebaiknya bagi mengelakkan berlakunya jangkitan pada kawasan yang cedera tersebut
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html