FAKTA TENTANG DENGKUR

Berdengkur adalah bunyi yang agak kurang selesa semasa bernafas. Dengkur terjadi apabila saluran pernafasan seseorang tersumbat dimana terdapat halangan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan.  Bunyi dengkuran terhasil apabila tisu diatas saluran pernafasan bergesel dan bergetar.

 

SEBAB BERDENGKUR

–          Lemah otot pada lidah,

Apabila otot tidak tegang akibat telah banyak makan ubat yang menyebabkan otot lemah, lidah akan tertolak kebelakang lalu menutupi  aliran udara dan menyekat salur nafas atas.

 

–          Tisu tekak yang besar dan tebal

Kanak kanak yang mempunyai tisu dan tonsel yang membengkak selalu nya berdengkur.

 

–          Lelangit lembut dan uvula

Anak tekak (uvula )yang panjang akan mengecilkan rongga dari hidung ke tekak. Lebihan getaran yang berlaku dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.

 

Dengkur terbahagi kepada 3 peringkat;-

1-      Berdengkur yang ringan dengan kekerapan dengkur  sebanyak 5 -6 kali dan diulangi nya lagi

2-      Berdengkur yang sederhana ialah berdengkur yang berterusan selama 10 ke 15 minit dan bunyi nya sama saja

3-      Berat ialah dengkur (sleep apnea)yang terhenti pernafasannya sehingga terjaga kemudian akan menarik nafas             dalam dalam dan diulaangi secara berterusan

 

PENCEGAHAN

Petua untuk mengurangkan dengkuran

1-      Kurangkan berat badan jika anda mengalami berat badan yang berlebihan

2-      Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk paada waktu

3-      Amalkan  tidur pada waktu yg tetap setiap hari

4-      Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang

5-      Tinggikan bantal supaya kepala lebih tinggi bila baring.

 

jom cuba malam ni.. tengok hasil nya macam mana.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *