Gangguan Narcolepsy
Salam sihat semua, artikel kita pada hari ini adalah berkenaan dengan suatu gangguan yang dikenali sebagai “Gangguan Narcolepsy”. Gangguan ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu mengalami gangguan tidur di mana ianya ditandai dengan rasa sangat mengantuk yang tidak tertahan pada siang hari. Gangguan ini seterusnya berlanjutan dengan serangan tidur secara tiba-tiba tanpa mengira waktu dan tempat.
Setelah penderita narcolepsy tertidur kira-kira selama 10-15 minit, mereka akan berasa lebih segar. Akan tetapi, keadaan tersebut tidaklah kekal lama kerana setelah beberapa ketika, mereka akan mula merasa mengantuk semula. Keadaan ini adalah sangat bahaya kerana ia dapat terjadi pada bila-bila masa sahaja seperti ketika bercakap, bekerja atau pun memandu!
Gejala-Gejala Narcolepsy
- Rasa mengantuk pada siang hari
- Otot menjadi lemah (tidak mampu mengawal pergerakan tangan dan kaki)
- Mengalami halusinasi
- Merasa sakit pada bahagian kepala
- Mengalami masalah ingatan
- Mengalami kemurungan
Narcolepsy dapat terjadi kepada sesiapa sahaja. Oleh itu, sekiranya anda mengalami gejala-gejala seperti yang dinyatakan di atas, segeralah dapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengetahui keadaan kesihatan anda. Antara golongan yang sering ditemui menghidapi narcolepsy adalah mereka yang berusia diantara 15-30 tahun.
Penyebab Narcolepsy
Tcm pasti anda semua tertanya-tanya bukan, apakah sebenarnya yang membuatkan narcolepsy terjadi. Narcolepsy disebabkan oleh penghasilan hormon yang rendah yang berfungsi untuk mengawal tidur seseorang itu. Hormon tersebut ialah hiporektin atau oreksin. Ia dapat terjadi melalui beberapa keadaan seperti gangguan autoimun, penyakit dan kecederaan pada bahagian otak.
Tiga Faktor Pendorong Bagi
Gangguan autoimun :
- Mengalami kecacatan genetik
- Mengalami perubahan hormon ketika akil baligh atau menopaus
- Mengalami jangkitan streptokokus
Penghasilan Hormon Hipokretin :
- Mengalami kecederaan pada kepala
- Menghidapi penyakit ensefalitits
- Mempunyai tumor otak
Langkah Mengatasi Narcolepsy
Berikut dikongsikan beberapa langkah atau tips yang boleh kita amalkan di dalam mengatasi masalah narcolepsy. Antaranya ialah :
- Mendapatkan rehat yang mencukupi
- Elakkan daripada merokok atau minum minuman yang berkafein atau beralkohol
- Bersenam pada waktu lapang supaya lebih cergas dan sihat
- Elakkan daripada mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa nasihat daripada doktor
- Pastikan tempat tidur anda mempunyai suasana yang selesa untuk tidur
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=apa+itu+narcolepsy
http://www.alodokter.com/narkolepsi
https://hellosehat.com/penyakit/narkolepsi-2/