Gangren? Apa tu?

oie_AHe4KU6UPi9S

Tajuk yang akan tcm kongsikan pada kali ini ialah berkenaan dengan gangren. Kita sering mendengar akan perkataan ini melalui iklan komersial anti merokok di televisyen. Tapi, tahu tak kita apa itu sebenarnya gangren? Dan yup, gangren dapat disebabkan oleh tabiat merokok untuk jangka panjang. Jadi, bagi yang masih ragu-ragu tu, tcm sarankan jom tengok kat bawah ni.

 

Apa itu Gangren?

a

Gangren adalah suatu keadaan yang serius di mana ianya terjadi ketika terdapat banyak jaringan tubuh seseorang itu mengalami nekrosis ataupun mati. Ia akan mula terjadi apabila seseorang itu mengalami luka, jangkitan atau lain-lain masalah kesihatan yang kronik sehingga dapat mengganggu peredaran darah di dalam tubuh badan mereka.

 

Penyebab?

b

Boleh dikatakan penyebab utama bagi gangren adalah ianya disebabkan oleh kurangnya bekalan darah ke jaringan yang telah dijangkiti gangren sehingga sel-sel tersebut mati. Seperti yang tcm sebutkan diatas, antara penyebab lain kepada gangren adalah tabiat merokok untuk jangka masa yang panjang. Selain merokok, diabetes juga turut tergolong sebagai faktor pendorong bagi gangren.

 

Jenis-Jenis Gangren

aa

  • Gas Gangren : Gas gangren kebiasaannya terjadi pada peringkat awal gangren basah biasa yang disebabkan jangkitan bakteria Clostridium Perfringens. Bakteria ini akan memakan sel-sel rosak dan menghasilkan gas yang berbau busuk. Selain itu, gas gangren juga dapat muncul sekiranya bekas luka tidak dirawat dengan cara yang betul. Gangren ini lebih berbahaya daripada gangren basah dan sangat mudah sekali merebak.
  • Gangren Basah : Gangren jenis ini pula kelihatan seperti lebam dan bengkak. Ia mengeluarkan bau yang sangat busuk dan kadangkala menghasilkan cecair ataupun nanah kekuningan. Ini biasanya disebabkan masalah luka yang sukar untuk sembuh terutamanya seperti pesakit diabetes.
  • Gangren Kering : Gangren jenis ini merupakan luka yang kelihatan kering dan mengecut. Ianya terasa kering apabila disentuh serta kurang berbau. Ia terjadi disebabkan kurangnya bekalan darah kepada tisu yang rosak akibat kecederaan tisu vaskular.
  • Gangren Dalaman : Terdapat juga kes di mana gangren terjadi di dalam organ tubuh badan seseorang itu. Ianya mungkin berlaku disebabkan jangkitan kronik yang terjadi dan tidak dirawat dengan segera. Gangren dalaman biasanya tejadi ketika jangkitan apendiks pecah atau pada kes radang usus yang teruk.
  • Fournier Gangren : Seperti namanya yang agak pelik dari yang lain. Gangren jenis ini lebih unik. Ini kerana, ianya terjadi pada kawasan genital yang berkaitan dengan fungsi genital seseorang itu. Sebagai contoh, seorang lelaki yang mengalami gangren ini, dengan mudah sekali dapat menjangkiti seorang wanita yang berhubungan seks dengannya.

 

Disebabkan keadaan gangren yang tersembunyi, gangren sering sekali terlambat untuk dikenal pasti sehingga membuatkan rawatan bagi mengubatinya agak sukar. Selain itu, disebabkan kurangnya kesedaran di dalam masyarakat berkenaan dengan masalah ini. Pesakit diabetes sering mengabaikan luka-luka keciil yang dialami mereka.

 

Kesan dari perkara ini, mereka secara tidak langsung mengundang keadaan yang lebih parah kepada diri sendiri tanpa mereka sedari. Penting untuk kita tahu, untuk mengatasi gangren, doktor perlu melakukan pembuangan jaringan yang yang mati yang dialami oleh seseorang itu. Ianya boleh terjadi melalui pengambilan organ, pemotongan kaki atau pun pemotongan tangan.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *