Glaukoma
Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai glaukoma. Glaukoma merupakan sejenis penyakit yang melibatkan salah satu organ kita yang disebut sebagai mata. Boleh dikatakan, dalam bahasa mudahnya, glaukoma merupakan sejenis penyakit gangguan penglihatan. Menurut kajian yang telah dijalankan, glaukoma merupakan penyebab kebutaan kedua terbesar yang terjadi diseluruh dunia setelah katarak.
Glaukoma terjadi dengan secara bertahap. Di mana, seseorang itu akan mengalami penglihatan yang semakin lama semakin berkurang kejelasannya sehingga akhir sekali mereka berisiko mengalami kebutaan. Ini berlaku kerana cecair yang keluar dari bebola mata terhalang dan seterusnya membuatkan bebola mata menjadi semakin besar dan seterusnya menekan saraf mata yang berada di belakang bebola mata.
Kesan dari keadaan itu, saraf mata yang tertekan tersebut lama-kelamaan akan mati disebabkan aliran darah tidak dapat berjalan seperti biasa kerana terhalang oleh tekanan daripada bebola mata yang membesar.
Penyebab Glaukoma
Antara penyebab kepada terjadinya glaukoma ialah dengan berlakunya peningkatan tekanan di dalam organ mata seseorang itu. Peningkatan tekanan dapat berlaku sama ada melalui penghasilan cecair mata yang berlebihan ataupun saluran pembuangan cecair tersebut yang terhalang. Tekanan yang terjadi tersebut sangatlah berbahaya kerana ia dapat merosakkan saraf retina atau jaringan saraf yang berada pada bahagian belakang bebola mata.
Selain itu, ia juga dapat merosakan saraf optik seseorang itu. Saraf optik berfungsi sebagai penghubung diantara mata kepada otak seseorang itu. Walaupun begitu, masih belum terdapat sebarang kesimpulan yang dapat dikenal pasti yang menjadi penyebab kepada pengeluaran cecair dari bebola mata yang berlebihan. Ataupun bagaimana saluran pembuangannya dapat tersumbat.
Gejala-Gejala Glaukoma
- Merasa sakit kepala
- Pandangan menjadi samar-samar
- Terasa sakit pada bahagian mata
- Mata menjadi merah
- Dapat melihat bayangan lingkaran disekeliling cahaya lampu
- Mual atau muntah-muntah
- Penglihatan menjadi semakin teruk dari masa ke semasa.
Faktor-Faktor Pendorong Glaukoma
- Terdapat ahli keluarga yang menghidapi glaukoma
- Mengalami jangkitan teruk pada mata
- Mengalami miopia (rabun jauh)
- Menghidapi penyakit tekanan darah tinggi
- Menghidapi penyakit seperti diabetes
- Berusia melebihi 45 tahun
- Penggunaan steroid (cortisone) dalam tempoh masa yang lama
- Mengalami tekanan di dalam bebola mata yang tinggi
Jenis-Jenis Glaukoma
Terdapat dua jenis glaukoma yang telahpun dikenal pasti. Dua jenis glaukoma tersebut ialah glaukoma sudut terbuka dan juga sudut tertutup. Glaukoma sudut terbuka merupakan jenis glaukoma yang paling umum. Ianya juga dikenali sebagai glaukoma yang bersifat kronik. Ini kerana disebabkan ianya mampu muncul dan berkembang secara perlahan-lahan.
Jenis yang kedua pula iaitu glaukoma sudut tertutup lebih jarang terjadi. Ia dikenali sebagai glaukoma akut kerana sifatnya yang mampu terjadi secara tiba-tiba. Glaukoma sudut tertutup juga merupakan sejenis glaukoma yang bahaya kerana dapat menyebabkan kebutaan kekal dengan cepat.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html