Hiperemesis Gravidarum
Selamat petang semua, artikel yang akan tcm kongsikan pada hari ini adalah mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai hiperemesis gravidarum (HG). HG merupakan suatu keadaan morning sickness (mual dan muntah) yang berada pada tahap yang lebih teruk daripada biasa ketika seseorang itu sedang hamil. Macam mana nak bezakan morning sickness yang biasa dan HG ye?
Mereka yang mengalami morning sickness yang normal, kebiasaannya ia hanya berlangsung selama 14 minggu pertama kehamilan sahaja dan umumnya sering terjadi pada waktu pagi. Manakala, bagi kes HG pula, morning sickness yang dialami oleh seseorang itu mampu berlanjutan sehingga lebih daripada 14 minggu pertama kehamilan.
Malah ada juga pesakit yang tetap mengalami sehingga bayi lahir. Gejala seperti mual dan muntah juga tidak hanya berlaku di pagi hari sahaja. Ia dapat berlaku pada bila-bila masa sahaja sepanjang hari.
Gejala-Gejala Hiperemesis Gravidarum
- Merasa sakit kepala
- Mual dan muntah yang berpanjangan
- Sangat sensitif terhadap aroma
- Air liur yang dihasilkan secara berlebihan
- Sukar untuk menelan makanan atau minuman
- Jantung berdegup laju
Bagi mereka yang sedang hamil, ini sedikit tips buat anda, kebiasaannya gejala bagi HG akan bermula diantara minggu keempat dan kelapan kehamilan dan seterusnya ia akan berlangsung hingga ke minggu 16 atau pun lebih. Jadi tcm sarankan anda semua lebih peka akan kesihatan diri anda ye, terutamanya pada minggu yang telah tcm nyatakan tersebut.
Faktor Penyebab Hiperemesis Gravidarum
Kajian menunjukkan kira-kira satu peratus dari jumlah keseluruhan wanita hamil mengalami HG. Faktor yang menjadi penyebab kepada keadaan ini masih lagi belum dapat dikenalpasti dengan tepat. Walaupun begitu, berikut tcm kongsikan juga beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko seseorang itu untuk mengalami HG. Antaranya adalah seperti :
- Mengandung anak perempuan atau kembar
- Pernah mengalami HG pada kehamilan sebelumnya
- Mengalami kegagalan pembentukan janin akibat kehamilan abnormal
- Mempunyai sejarah keluarga yang pernah menghidapi HG
Komplikasi Hiperemesis Gravidarum
- Mengalami masalah darah beku
- Dehidrasi
- Berat badan bayi yang rendah
- Mengalami masalah sembelit
- Berat badan menurun
- Mengalami tekanan darah rendah
Tips Buat Penderita Hiperemesis Gravidarum
- Dapatkan pemeriksaan dan ikuti nasihat doktor
- Makan makanan ringan kering seperti biskut secara berkala
- Elakkan daripada bau aroma-aroma yang dapat memualkan
- Banyakkan berehat dan kurangkan pergerakan
Tips Pencegahan Hiperemesis Gravidarum
Dengan mengubah gaya hidup, seseorang itu mampu mengatasi masalah hiperemesis gravidarum yang dialami mereka. Berikut merupakan tips-tips yang perlu diberi perhatian. Elakkan daripada terus tidur atau berbaring setelah anda baru makan. Makan makanan dalam kuantiti sedikit tetapi lebih kerap adalah lebih baik daripada makan terlalu banyak tetapi dalam satu atau dua kali sahaja sehari.
Tips ketiga, elakkan daripada makan makanan yang terlalu pedas atau tinggi lemak. Akhir sekali, tcm nak ingatkan, pastikan anda segera berjumpa dengan doktor sekiranya anda merasakan anda mengalami HG.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=apa+itu+Hiperemesis+Gravidarum
http://www.alodokter.com/hiperemsis-gravidarum
https://hellosehat.com/penyakit/hiperemesis-gravidarum/