Info Kesihatan : 8 Kebaikan Mandi Bunga
Tajuk kita pada petang ni adalah mengenai mandi bunga. Ada tak sesiapa di sini yang pernah mandi bunga? Mandi bunga sering dikaitkan dengan pelbagai sebab. Antaranya seperti membuang bala, mempercepatkan jodoh, memberi semangat kepada diri, mencegah diri dari gangguan semangat jahat dan banyak lagi. Walaupun begitu, sekiranya anda melihat mandi bunga dari segi saintifik, ia dilihat sebagai sesuatu yang baik.
Ini kerana, mandi bunga dapat menaikkan seri wajah serta tubuh badan manusia akan kembali segar disebabkan oleh khasiat yang terdapat di dalam bunga meresap ke dalam tubuh badan. Jadi, dengan cara dan niat yang betul, mandi bunga sebenarnya dapat memberikan pelbagai kebaikan kepada diri kita.
8 Kebaikan Mandi Bunga
1. Melegakan Tekanan Dan Kebimbangan
Kesegaran air yang bercampur dengan wangian bunga ketika mandi bunga dapat membuatkan seseorang itu lebih tenang. Ketika membersihkan diri, seseorang itu juga dapat melegakan sebarang keletihan fikiran dan masalah yang dialami mereka.
2. Meningkatkan Keyakinan Diri
Aroma bunga ketika mandi dapat meningkatkan kepercayaan diri seseorang itu. Ini kerana, aroma bunga yang wangi akan membuatkan mereka yang mandi bunga akan lebih yakin tubuh badan mereka tidak kotor dan berbau. Selain itu, ia turut menguatkan tenaga tubuh badan untuk kekal lebih aktif.
3. Menaikkan Seri
Wajah yang suram dan kusam adalah wajah yang kurang aliran darahnya sehingga kulit pada wajah kelihatan tidak sihat. Melalui amalan mandi bunga, ia dapat meransang pengaliran darah secara menyeluruh terutamanya pada bahagian wajah. Dengan melakukan amalan mandi bunga sebagai rutin, anda secara tidak langsung dapat menaikkan seri wajah.
4. Sebagai Salah Satu Cara Membersihkan Diri
Pada zaman dahulu, ketika sabun masih belum wujud. Seseorang dapat membersihkan diri mereka dengan cara mandi bunga. Ramuan mandi bunga yang digunakan seperti air, garam dan bunga bagi menggantikan sabun untuk membersihkan tubuh badan. Kandungan garam dalam ramuan mandi bunga dapat berfungsi sebagai antiseptic yang membantu membersihkan diri dari kuman pada tubuh badan.
Manakala aroma bunga pula bertujuan memberi kesegaran pada tubuh badan dan menjadikannya wangi.
5. Meningkatkan Tenaga
Apabila organ-organ dalaman tubuh badan kita berfungsi dengan baik, tubuh badan kita akan terasa lebih sihat dan bertenaga. Amalan mandi bunga dapat memberikan kita tenaga tambahan sekiranya dilakukan sebagai rutin. Bagi mereka yang sering merasa lemah, lesu dan sakit, tcm sangat sarankan anda untuk mencuba mandi bunga.
6. Membantu Menyihatkan Kulit
Mandi bunga dengan cara berendam di dalam air bunga dapat membantu mengecilkan pori-pori kulit selain dapat merehatkan kulit. Kulit yang mendapat rehat yang secukupnya akan terasa lebih sihat dan awet muda berbanding kulit yang sering terdedah kepada sinaran matahari secara berterusan. Urutan kecil pada kulit dan aroma bunga ketika mandi bunga dapat memberikan sensasi pada kulit.
7. Membantu Mengembalikan Mood
Disebabkan oleh aroma bunga yang wangi, mandi bunga dapat membantu mood anda menjadi lebih baik. Tambahan pula, bunga sememangnya sering digunakan sebagai terapi. Ini kerana bunga dapat membuatkan sesiapa sahaja yang menghidunya menjadi lebih relaks dan tenang.
8. Membantu Mencegah Penyakit
Mandi bunga juga mampu mengelakkan diri dari aura negatif sehingga dapat mencegah beberapa jenis penyakit. Ini disebabkan bunga mempunyai tenaga yang baik untuk tubuh badan. Ada sesetengah yang berpendapat, masalah atau penyakit yang dialami oleh seseorang itu sering bermula dengan fikiran. Oleh itu, dengan fikiran yang tenang, seseorang itu mampu memastikan tubuh badannya sihat.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://mummyfiras.blogspot.my/2015/05/mandi-bunga-sendiri-di-rumah.html
https://manfaat.co.id/manfaat-mandi-kembang
http://eihezalife.blogspot.my/2012/07/mandi-bunga.html