Info Kesihatan : Autism Bukan Penyakit!

oie_s75LBY1Q0NaW

Kanak-kanak yang mengalami autism sering dipandang serong dan disisihkan masyarakat. Penting untuk kita semua tahu, autism bukanlah sejenis penyakit yang berjangkit. Autism sebenarnya hanyalah satu kecelaruan neurologi yang menyebabkan gangguan kepada perkembangan otak dan sistem sensory (neuro). Latihan dan pendidikan khas mampu merangsang sel-sel otak pada bahagian yang terjejas.

Oleh kerana masalah yang dialami mereka bukan penyakit, secara teorinya, mereka yang menghidapi masalah autism sekiranya memenuhi syarat seperti berusia 17 tahun ke atas, berat badan di atas 45 kg dan memiliki kadar hemoglobin yang cukup, mereka boleh melakukan derma darah.

 

Mengenalpasti Kanak-Kanak Autism

Oleh kerana autism sukar untuk dikenalpasti dari peringkat awal, banyak kanak-kanak yang mengalami masalah tersebut hanya dapat dikenalpasti apabila berusia 4 tahun dan ke atas. Penting sebenarnya untuk kita mengenalpasti masalah autism pada peringkat awal. Ini kerana, dengan mengenalpasti autism pada peringkat awal, kanak-kanak tersebut dapat menghasilkan kesan yang lebih baik dari segi pembelajaran, percakapan dan kemahiran sosial berbanding kanak-kanak autism yang lambat untuk dikenalpasti.

 

Tips Kesedaran Autism Dalam Masyarakat

Sediakan satu hari khas untuk masyarakat beramah mesra bersama kanak-kanak autism. Dengan beramah mesra dengan mereka, masyarakat akan lebih perihatin akan keadaan mereka. Seterusnya, keluarkan lebih banyak buku berkenaan dengan masalah autism. Selain dapat membantu ibu bapa dalam memahami dan menguruskan anak mereka, ia juga dapat membantu masyarakat untuk lebih faham akan keadaan kanak-kanak autism.

 

Harapan Bersama

Tcm berharap supaya dapat menjadi harapan kita semua di mana kanak-kanak autism dapat difahami dan dibantu agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Setiap dari kita adalah istimewa, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri. Gunakanlah kelebihan tersebut untuk saling membantu dan melengkapi. Terima kasih.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.hmetro.com.my/node/218009

http://www.mingguanwanita.my/ayah-ini-dedah-tanda-tanda-autisme/

https://health.detik.com/berita-detikhealth/2727760/ingat-ya-autisme-bukan-penyakit-dan-tidak-menular

https://www.change.org/p/komisi-penyiaran-indonesia-larang-penggunaan-kata-autis-sebagai-ejekan/u/11567384

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *