JAPANESE Encephalitis

oie_8xWgh6GJcqLA

Hai semuanya, salam bahagia buat semua yang membaca. Pada artikel yang sebelumnya, kita telah pun membincangkan mengenai sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus. Untuk kali ini, penyakit yang akan dibincangkan kita, juga berpunca daripada sejenis virus yang berbahaya. Seperti yang semua sudah pun ketahui, virus amatlah berbahaya serta ianya juga sangat mudah untuk merebak.

Okay, jom teruskan membaca. Penyakit tersebut dikenali sebagai “Japanese Encephalitis (JE)”. Confirm, ramai tertanya-tanya, kenapa Japanese?? Yang tu, tcm sendiri pun tak pasti. Rasanya, eloklah dibiarkan misteri..hehe Ok, jangkitan virus bagi penyakit ini ditularkan oleh nyamuk. Lebih sukar lagi, mereka yang mendapat jangkitan ini, biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang jelas.

 

Jangan diangggap remeh hanya kerana ianya ditularkan oleh nyamuk yang kecil sahaja. Ini kerana, jangkitan penyakit JE pada bahagian otak mampu membawa maut kepada pesakit tersebut. Selain daripada nyamuk, khinzir juga memainkan peranan penting di dalam faktor penyebaran virus penyakit JE ini. Hal tersebut kerana, kajian mendapati virus bagi penyakit ini banyak terdapat di dalam darah khinzir.

Perkara ini mungkin terjadi disebabkan suhu tubuh badan khinzir yang tinggi serta tidak berambut itu menjadi tarikan utama buat nyamuk-nyamuk yang telah pun mendapat jangkitan tersebut. Nyamuk yang dikenali sebagai “Culex Tritaeniorhynchus” merupakan medium terpenting di dalam menyebarkan virus ini. Nyamuk ini, biasanya keluar pada waktu senja dan lebih gemar menggigit haiwan berbanding manusia.

 

Nyamuk Culex Tritaeniorhynchus

oie_1iEOuVNy7hpg

  • Medium terpenting di dalam penyebaran virus JE
  • Gemar menggigit haiwan berbanding manusia
  • Menggunakan takungan air di tanah (sawah padi) untuk larvanya
  • Sering didapati keluar pada waktu senja

 

Kebanyakan pesakit JE hanya mengalami tanda-tanda yang ringan sahaja dan kadangkala tanpa sebarang gejala sama sekali. Secara kebiasaannya, pesakit JE pada permulaannya akan mengalami gejala-gejala seperti selsema, sakit kepala, demam serta menjadi tidak bermaya. Walaupun kelihatan biasa, gejalanya mampu menjadi lebih teruk disusuli dengan masalah seperti kejang leher, sawan dan sebagainya.

 

Gejala Penyakit JE

animated-explosion-clip-art-1277118

  • Demam
  • Mengalami sakit kepala
  • Mengalami sawan
  • Merasa lesu atau letih
  • Merasa mual-mual
  • Mengalami muntah yang berpanjangan
  • Tidak sedarkan diri atau koma

 

Penawar bagi penyakit JE masih lagi belum ditemui. Walaupun begitu, pesakit tetap akan diberikan rawatan agar dapat mengurangkan kesakitan yang dialami mereka. Rawatan yang diberikan bergantung kepada keadaan pesakit itu sendiri. Sebagai contoh, pesakit akan dimasukkan air bagi mengurangkan masalah dehidrasi serta ubat-ubatan juga diberikan bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.

 

Tips Pencegahan JE

oie_7EUNeyeAbsRA

  • Musnahkan tempat-tempat yang boleh menjadi pembiakan nyamuk
  • Tidur di dalam kelambu
  • Memasang jejaring nyamuk pada tingkap
  • Pastikan saluran perparitan sekitar tempat anda sempurna
  • Elakkan daripada digigit nyamuk
  • Menimbus lopak-lopak air
  • Tidak berada di luar rumah pada waktu senja

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *