Kanser Kolon
Kanser kolon adalah sejenis kanser yang terdapat di dalam usus besar. Ia berada pada bahagian bawah sistem pencernaan anda. Kanser rektal pula terdapat pada 8 hingga 10 inci terakhir usus besar (kolon). Gabungan daripada dua masalah ini, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami kanser kolorektal. Secara umumnya, kanser ini merupakan kanser kedua tertinggi yang melibatkan kematian di Malaysia.
Pada kalangan wanita, kanser kolon berada pada tangga ketiga selepas kanser payudara dan serviks. Manakala, bagi lelaki pula, inilah sejenis kanser yang sering dialami oleh golongan lelaki. Ianya lebih merisaukan apabila kajian mendapati kanser tersebut semakin kerap terjadi pada lelaki dan wanita yang berumur 50 tahun dan ke atas. Kanser kolon terjadi pada enam kaki pertama usus besar.
Inilah tempat di mana makanan kita akan diproses dan ditukarkan menjadi najis dan seterusnya disalurkan pada rektum. Rektum pula adalah enam inci terakhir usus besar yang berakhir dengan dubur. Punca sebenar yang menyebabkan kanser kolon terjadi masih belum diketahui. Akan tetapi, ramai pakar perubatan yang berpendapat ianya berkaitan dengan cara dan tabiat pemakanan seseorang itu dan juga gaya hidup mereka.
Gejala Kanser Kolon :
- Najis bercampur dengan darah
- Mengalami masalah cirit-birit dan sembelit berselang-seli
- Muntah-muntah
- Hilang selera makan
- Perut sering merasa memulas
- Berat badan yang turun tanpa sebab
- Sakit pada bahagian abdomen apabila membuang air besar
Seperti kebanyakan pesakit kanser kolon, ramai yang tidak merasai gejala apa-apa pada permulaan kanser ini. Ini kerana, gejala berbeza-beza bergantung pada saiz kanser tersebut serta kedudukannya di dalam usus besar. Namun, sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala seperti yang di atas, dapatkan pemeriksaan kesihatan dengan segera. 🙂
Golongan Yang Berisiko :
- Mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas
- Mereka yang mempunyai sejarah di dalam keluarga yang menghidapi kanser usus
- Mereka yang kurang bersenam
- Mereka yang pernah menghidapi kanser lain seperti kanser payudara, ovari dll
- Mereka yang gemar makanan yang mengandungi banyak lemak, daging tetapi terlalu kurang serat
- Mereka yang mengalami obesiti
- Mereka yang gemar minuman beralkohol
- Mereka yang menghidapi penyakit seperti diabetes
Langkah Pencegahan Kanser Kolon :
- Banyakkan makan makanan seperti buah, sayur serta bijirin
- Kurangkan makanan yang mempunyai lemak berlebihan
- Elakkan daripada meminum alkohol dan merokok
- Luangkan masa untuk bersenam dengan rutin yang sihat
- Amalkan pemakanan seimbang
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html