Kanser Lidah

oie_icajf7el7s4x

Hai semua, artikel yang akan dikongsikan pada hari ini adalah mengenai sejenis kanser yang melibatkan organ lidah kita. Kanser lidah adalah suatu keadaan di mana kanser dapat muncul dan berkembang pada sel-sel skuamosa yang terdapat pada permukaan lidah. Seperti yang kita semua tahu, terdapat dua bahagian pada lidah kita.

Bahagian pertama adalah pada bahagian hadapan yang berada di dalam mulut kita. Manakala bahagian yang kedua pula ialah pada bahagian belakang yang terletak berdekatan tekak kita.

 

Gejala-Gejala Kanser Lidah

  • Merasa sakit ketika menelan makanan atau minuman
  • Berlakunya pendarahan tanpa sebab yang jelas pada lidah
  • Merasa sakit pada tekak secara terus menerus
  • Terdapat tompokan berwarna merah atau putih pada lidah
  • Merasa kebas di dalam mulut yang tidak hilang

 

Kanser lidah perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam kerana terdapat banyak kes pesakit kanser lidah yang lambat dikenalpasti. Ini adalah kerana mereka sama sekali tidak merasa sebarang sakit atau pedih pada lidah mereka. Nak tahu bagaimana kanser lidah terjadi? Kanser lidah biasanya bermula dengan ulser yang tidak sakit yang muncul di dalam mulut.

Ulser tersebut seterusnya tidak juga sembuh melebihi dua minggu walaupun menerima rawatan bagi mengubatinya. Akhir sekali, ulser tersebut akan menjadi semakin besar dan juga dalam.

 

Faktor Penyebab Kanser Lidah

Penyebab kepada berlakunya kanser lidah masih lagi belum dapat dikenalpasti. Walaupun begitu, pakar perubatan dapat mengenalpasti beberapa faktor yang dapat menjadi pendorong kepada kanser lidah. Antaranya ialah :

  • Tabiat suka merokok dan minum minuman keras (alkohol)
  • Terdedah kepada virus Human papillomavirus (HPV)

 

Langkah Pencegahan Kanser Lidah

Bagi mencegah daripada menghidapi kanser ini, anda disarankan untuk mengamalkan pemakanan dan cara hidup yang sihat. Selain itu, anda turut dinasihatkan untuk menjaga kebersihan gigi dan mulut serta selalu memeriksa sekiranya terdapat sebarang tanda atau gejala yang berlaku pada tisu mulut anda. Disamping itu, jenis pemakanan anda juga turut memainkan peranan.

Banyakkan memakan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dan lebihkan juga pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Akhir sekali, elakkan daripada pendedahan berlebihan terhadap cahaya matahari.

 

6 Langkah Mudah Memeriksa Sendiri

  1. Periksa muka dan leher anda untuk mengesan sebarang tanda bengkak, luka atau perubahan warna serta tekan bahagian leher untuk mengesan tanda sakit atau benjolan
  2. Periksa bibir anda dengan teliti bagi mengesan ulser, perubahan warna, tekstur dan kelainan permukaan tisu
  3. Gunakan jari telunjuk untuk bahagian dalam pipi dan ibu jari untuk bahagian luar pipi ketika memeriksa sekiranya terdapat sebarang kelainan
  4. Dongakkan kepala anda dan periksa sekiranya terdapat sebarang perubahan atau benjolan pada lelangit
  5. Gerakkan hujung hidah pada lelangit serta periksa lantai mulut dan bahagian bawah lidah
  6. Keluarkan lidah anda serta perhatikan sekiranya terdapat sebarang perubahan warna atau tekstur

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

Kesedaran mengenai kanser mulut, cegah sebelum parah

www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/kanser-lidah-awas-penyakit-senyap-1.97626

http://www.alodokter.com/kanker-lidah

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *