Kebaikan Tidur Awal
Setiap dari kita tahu bahawa, tidur merupakan suatu anugerah buat kita. Kita dapat merehatkan badan kita setelah penat seharian bekerja. Tapi, tahukah kita bahawa tidur bukan hanya sekadar untuk merehatkan badan? Tidur yang cukup juga dapat menguatkan ingatan memori seseorang itu, serta menjaganya dari pengaruh-pengaruh luar. Tidur sememangnya baik untuk kesihatan serta pelbagai manfaat lain lagi buat kita. Akan tetapi, tidur yang berlebihan pula tidaklah bagus untuk kesihatan. Rata-rata tidur yang cukup buat kita adalah sekitar 7 jam, kegagalan untuk mendapat tidur yang cukup dapat membuatkan kita berisiko tinggi untuk mendapat masalah kardiovaskular.
Antara Kebaikan Tidur Awal :
- Mencegah kanser – Orang yang bekerja sehingga lewat malam atau yang terpaksa bekerja syif mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kanser payudara atau pun kanser kolon. Ini kerana keadaan mereka yang terdedah kepada cahaya lampu pada waktu malam. Terdedah kepada cahaya lampu dapat menurunkan paras melatonin dalam darah. Melatonin berfungsi sebagai hormon yang menyebabkan kita mengantuk serta menentang pertumbuhan tumor kanser dalam tubuh badan kita.
- Berat badan turun – Tidur lewat malam dapat membuatkan kita cenderung untuk berasa lapar. Makan lewat malam iaitu selepas daripada waktu makan malam kita adalah tidak sihat. Makanan yang dimakan kita akan disimpan sebagai kalori di dalam tubuh badan kita.
- Jantung lebih sihat – Kajian menunjukkan sekumpulan orang yang melakukan kajian dengan tidur lewat pada waktu malam menunjukkan terjadinya pengerasan pembuluh darah lebih daripada mereka yang tidur lebih awal. Gejala ini merupakan salah satu gejala awal terjadinya serangan penyakit jantung. Selain dari itu, kurang tidur juga dapat meningkatkan tekanan darah dan paras kolesterol yang menjadi punca kepada penyakit jantung dan strok.
- Tubuh badan lebih segar – Tidur yang mencukupi telah terbukti menunjukkan badan kita akan berasa lebih bertenaga, tidak mengantuk setelah bangun serta sentiasa cergas dalam melakukan sesuatu aktiviti. Hal ini kerana, tidur yang cukup membuatkan badan kita dapat mengumpulkan lebih banyak tenaga sewaktu tidur.
- Menguatkan memori – Semasa tidur, otak akan memproses peristiwa dan pengalaman kita serta akan mengaitkan dengan perasaan dan ingatan kita. Jadi, dengan mendapat tidur yang berkualiti, kita akan memperolehi daya ingatan yang lebih kuat.
- Mudah untuk tidur – Tidur pada lewat malam dapat menyebabkan insomnia. Selain daripada mengalami kesukaran untuk tidur, mereka juga akan mengalami kesukaran untuk tetap kekal tidur setelah tidur. Ini seterusnya dapat mengganggu kualiti tidur mereka kerana sering terjaga pada waktu malam. Jadi, dengan mengamalkan tidur awal, mereka pasti akan mudah untuk tidur serta mendapat kualiti tidur yang lebih baik.
- Mengelak risiko kemurungan – Kurang tidur dapat menggangu pengeluran serotonin. Kurangnya pengeluaran serotonin dapat menyebabkan kemurungan. Oleh itu, kita perlu tidur yang mencukupi bagi menggalakkan pengeluaran serotonin.
Kesimpulannya, tidur merupakan satu aspek penting dalam kehidupan kita yang perlu dijaga bagi mendapatkan pelbagai manfaat daripadanya. Dengan tidur yang cukup, kita mampu untuk bangun pada awal pagi dengan lebih bersemangat dan sedia untuk melakukan sesuatu. Akan tetapi, meskipun kita memerlukan tidur yang banyak, terlebih tidur juga dapat mendatangkan kesan buruk terhadap kita. Jadi, kita hendaklah menjaga tidur kita agar mendapat tempoh yang mencukupi dan tidaklah pula secara berlebihan sehingga mendatangkan kemudaratan. Pernahkah anda terdengar akan TheTole ?
Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang pantas serta mujarab di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html