Kenali Cholangitis

oie_s2rnxz1dnzo1

Hari ini tcm nak kongsikan bersama anda semua mengenai suatu keadaan yang dikenali dengan istilah cholangitis. Apa itu cholangitis? Cholangitis adalah suatu jangkitan yang terjadi pada saluran hempedu (saluran yang dilalui oleh cairan hempedu dari hati menuju ke hempedu dan usus). Pada keadaan yang normal, cairan hempedu bersifat steril (bersih).

Sekiranya terdapat sebarang penyumbatan yang terjadi pada saluran hempedu, maka ia dapat menyebabkan berlakunya jangkitan. Jangkitan yang berlaku tersebut seterusnya mampu mempengaruhi seluruh saluran hempedu dari bahagian hulu hinggalah ke hilir.

 

Gejala-Gejala Cholangitis

  • Kulit menjadi kekuningan (penyakit kuning) dapat hilang timbul
  • Badan yang menggigil
  • Demam
  • Mual dan muntah-muntah
  • Sakit pada bahagian tengah perut atas atau kanan
  • Air kencing berwarna gelap
  • Najis berwarna cokelat tua (warna tanah liat)

 

Cholangitis dapat dialami oleh sesiapa sahaja. Walaupun begitu, sebahagian besar kes cholangitis lebih sering terjadi pada mereka yang berusia 50-60 tahun. Pada situasi yang teruk, cholangitis mampu mengancam nyawa seseorang itu. Oleh itu, cholangitis sama sekali tidak boleh dipandang remeh. Sekiranya anda mengalami sebarang gejala-gejala seperti yang telah ditunjukkan di atas, segeralah dapatkan pemeriksaan dan rawatan.

 

Faktor Penyebab Cholangitis

Seperti yang telah kita baca di atas, penyebab kepada terjadinya cholangitis adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Keadaan-keadaan seperti saluran hempedu yang tersumbat adalah satu satu cara bagaimana bakteria dapat membiak di dalamnya dan terus menyerang saluran hempedu.

Berikut dikongsikan juga beberapa golongan yang berisiko tinggi mengalami cholangitis :

  • Pesakit yang mengalami penyempitan saluran hempedu
  • Pesakit HIV/AIDS
  • Seseorang yang melawat kawasan yang terdedah kepada jangkitan parasit
  • Mereka yang pernah mengalami masalah batu karang

 

Bagi mereka yang masih lagi memandang masalah ini sambil lewa dan tidak mengambil sebarang langkah berjaga-jaga, jom tcm nak kongsikan pula mengenai kesan buruk cholangitis. Antaranya ialah seperti buah pinggang yang tidak berfungsi, sistem saraf yang tidak berfungsi, sistem pernafasan yang tidak berfungsi, sistem hematology yang tidak berfungsi, kecederaan buah pinggang akut dll.

Lebih membimbangkan lagi apabila jangkitan bakteria yang terdapat pada saluran hempedu boleh tersebar pada hati dan seterusnya membuatkan organ tersebut berisiko mengalami kegagalan fungsi.

 

Pencegahan Cholangitis

Doktor menyarankan individu yang mempunyai masalah batu karang, tumor atau mereka yang mengalami masalah serangan parasit untuk segera mendapatkan rawatan. Perkara ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko bagi sesetengah orang daripada mengalami cholangitis.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://medlineplus.gov/ency/article/000290.htm

http://www.alodokter.com/penyakit-a-z/cholangitis

https://www.dokterkamu.com/penyakit/infeksi-saluran-empedu

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *