Kenali Gigantisme

oie_PReKPHU338IS

Tajuk artikel kita pada hari ini adalah mengenai sejenis penyakit yang jarang terjadi. Penyakit tersebut dikenali dengan nama “Gigantisme”. Gigantisme adalah suatu keadaan di mana tubuh badan seseorang itu menghasilkan hormon pembesaran berkaitan ukuran tinggi dan berat badan secara berlebihan. Oleh itu, individu yang mengalami gigantisme akan kelihatan lebih besar berbanding individu sebaya mereka.

Disebabkan hal ini juga, gigantisme sangat sukar sekali dikesan pada kanak-kanak yang sedang mengalami pembesaran kerana sukar untuk dibezakan dengan fasa tumbesaran yang biasa dialami mereka.

 

Dua Jenis Gigantisme

Terdapat dua jenis giganstisme. Jenis yang pertama adalah “Pituitary Gigantism”. Jenis gigantisme yang pertama ini mampu membuatkan seseorang itu mengalami peningkatan ukuran tinggi badan yang tidak terkawal. Manakala, jenis yang kedua pula dikenali sebagai “Cerebral Gigantism”.

Cerebral gigantism pula kebiasaannya menyebabkan seseorang itu mengalami pertumbuhan sel-sel otak secara berlebihan sehingga mampu membuatkan penderitanya mengalami masalah mental seperti terencat akal.

 

Penyebab Gigantisme

Penyebab bagi gigantisme yang paling sering sekali ditemui adalah disebabkan oleh tumor pada kelenjar hiposis atau tumor pada kelenjar pituitari yang terletak pada bahagian bawah otak. Kelnjar ini berperanan sebagai mengawal perkembangan seksual, pengendalian suhu tubuh badan, penghasilan urin serta metabolisme bagi tumbesaran wajah, tangan dan juga kaki.

Selain itu, berikut disenaraikan juga beberapa faktor penyebab lain yang mampu menyebabkan gigantisme :

  • Neurofibromatosis : Tumbuhnya tumor pada sistem saraf.
  • Multiple Endocrine Neoplasia Type 1 : Juga dikenali sebagai MEN1 iaitu tumbuhnya tumor pada kelenjar hiposis, kelenjar paratiroid dan pankreas.
  • Sindrom McCune-Albright : Pertumbuhan luar biasa pada tisu tulang serta gangguan kelenjar.
  • Carney Complex : Tumor benign pada kelenjar endoktrin. Munculnya bintik-bintik yang lebih gelap pada kulit.

 

Gejala-Gejala Gigantisme

Gejala gigantisme adalah seperti yang telah dijelaskan di atas iaitu mereka yang menghidapi masalah kelainan genetik (gigantisme) akan memiliki kelainan ukuran fizikal yang berbeza berbanding mereka yang sebaya dengan mereka. Beberapa bahagian tubuh badan penderita juga akan mengalami pembesaran yang tidak normal.

Contohnya adalah seperti tumbesaran tangan dan kaki yang disertai dengan penebalan pada jari-jari penderita. Antara gejala lainnya adalah seperti :

  • Rahang yang menonjol
  • Kelelahan
  • Dahi yang menonjol
  • Mengalami gangguan penglihatan
  • Hidung rata
  • Mengalami mual-mual
  • Pembesaran pada kepala, lidah atau bibir
  • Sakit kepala

 

Info Lanjut Gigantisme

Kesan bahaya akibat gigantisme sekiranya tidak diubati mampu membuatkan penderitanya mengalami pelbagai risiko bahaya lain seperti penurunan hormon kelenjar hipofisis. Penurunan kelenjar ini seterusnya akan menyebabkan penderitanya terdedah kepada pelbagai penyakit tertentu seperti berkurangnya rembesan hormon atau aktiviti fisiologi ovari atau testis.

Pencegahan bagi gigantisme masih lagi belum dapat dikenalpasti. Oleh itu, langkah mengenal pasti gejala yang dialami pesakit ini hendaklah dilakukan seawal mungkin bagi mencegah gejala atau komplikasi yang lebih teruk daripada terjadi.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

Kelainan Genetik dan Hormon pada Manusia di Dunia

http://www.alodokter.com/gigantisme

https://www.google.com/#q=apa+itu+gigantism

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *