Kenali Heloma

oie_t315eReJK38f

Salam khamis semua. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan sejenis penyakit yang dikenali sebagai heloma. Disebabkan memiliki warna putih di dalam bentuk bulatan, penyakit ini turut dikenali sebagai penyakit mata ikan. Di dalam istilah perubatan pula, penyakit ini dikenali dengan nama Clavus/Plantar Wart.

Penyakit ini sering sekali di temui pada bahagian kaki. Walaupun begitu, penyakit ini juga mampu terjadi pada bahagian tangan atau jari. Heloma sebenarnya merupakan lapisan kulit yang menebal. Heloma dapat terbentuk ketika kulit berada di bawah tekanan.

 

Gejala-Gejala Heloma

Berikut merupakan beberapa gejala umum yang dapat dialami seseorang yang mengalami penyakit ini. Antaranya seperti :-

  • Lapisan kulit menebal
  • Kelihatan benjolan yang keras
  • Kulit kering
  • Rasa sakit pada kawasan tertentu terutamanya ketika berjalan kaki
  • Merasa sakit pada bahagian bawah kulit

 

Dengan mengenalpasti gejala-gejala umum penyakit heloma, kita secara tak langsung dapat mengetahui sekiranya kita mengalami masalah ini. Masalah heloma yang dapat dikenalpasti lebih awal, dapat ditanggani dengan segera sebelum berlanjutan pada tahap yang lebih serius dan menyakitkan. Anda mesti tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan heloma terjadi ya?

 

Faktor Penyebab Heloma

Heloma terjadi disebabkan oleh masuknya Human Papilloma Virus (HPV) ke dalam tisu kulit kaki dan tekanan yang ditampung kaki untuk jangka waktu yang lama hingga menyebabkan kawasan yang terlibat semakin lama, mengeras dan membesar. Berikut di bawah tcm kongsikan faktor-faktor penyebab heloma.

  • Pakai kasut yang terlalu ketat sehingga memberi penekanan pada kaki
  • Pakai kasut terlalu longgar
  • Tapak kasut yang terlalu nipis
  • Sering berjalan tanpa memakai sebarang alas kaki (kasut/selipar)
  • Mempunyai berat badan yang berlebihan (obesiti)

 

Virus pula dapat memasuki ke dalam tisu kulit melalui beberapa keadaan seperti :

  • Sering memakai stokin yang lembap
  • Sering memakai kasut yang kotor dan tidak dicuci
  • Terjadi geseran terus menerus pada tapak kaki

 

Langkah Mengatasi Heloma

  •  Ganti kasut dan stokin anda : Kemungkinan besar kasut dan stokin anda telah dicemari oleh virus. Selain itu, heloma juga mungkin disebabkan oleh penggunaan kasut yang terlalu ketat.
  • Gunakan batu apung : Walaupun kedengaran seperti pelik, batu apung ternyata sangat efektif di dalam mengatasi masalah heloma
  • Sapukan getah betik : Selain kelebihannya di dalam melancarkan sistem pencernaan, ternyata betik juga dapat mengatasi masalah heloma. Caranya adalah dengan merendamkan kaki ke dalam air garam selama 15 minit. Setelah itu bilas dan keringkanlah dengan air dan tuala bersih. Selepas itu, sapukan getah betik pada kawasan kulit yang mengalami masalah heloma. Lakukan secara rutin untuk kesan yang maksima.
  • Menggunakan bawang putih : Caranya seperti menumbuk beberapa ulas bawang putih sehingga halus. Seterusnya sapu bawang putih yang telah ditumbuk tersebut ke atas kawasan kulit yang bermasalah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=penyakit+heloma

https://hellosehat.com/penyakit/heloma/

http://obatherbal-murah.com/penyebab-dan-cara-mengobati-penyakit-mata-ikan/

https://www.go-dok.com/mata-ikan-penyabab-dan-pengobatannya/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *