Kenali Hemostasis

oie_PASvjZdrNCj4

Salam jumaat semua, artikel kita pada hari ini adalah mengenai suatu proses yang dikenali dengan istilah hemostasis. Hemostasis atau lebih dikenali sebagai proses pembekuan darah adalah suatu proses yang berlaku apabila tubuh badan kita cuba menghentikan darah yang mengalir keluar dari tubuh badan kita ketika kita cedera ataupun luka.

Ketika kita mengalami kecederaan atau luka, pembuluh darah kita menjadi rosak dan seterusnya berlakulah pendarahan. Bagi menghentikan pendarahan tersebut, tubuh badan kita akan menjalankan proses yang dikenali sebagai hemostasis.

 

Bagaimana Hemostasis Berlaku

1. Pendarahan Berlaku

Apabila kita cedera hingga mengakibatkan pendarahan, sel-sel kecil yang terdapat di dalam darah (platelet) akan diarahkan untuk pergi ke bahagian pendarahan tersebut.

2. Platelet Melakukan Penyumbatan

Apabila telah sampai pada kawasan yang mengalami pendarahan, platelet akan melekat pada dinding kawasan yang luka dan bersama-sama melakukan penyumbatan. Faktor pembekuan darah akan melakukan reaksi berantai yang sangat cepat bagi menghasilkan pembentukkan jalinan fibrin yang akan menyatukan platelet.

3. Hentian Proses Pembekuan Darah

Lebih banyak platelet secara kimiawi tertarik bagi membentuk pembekuan darah yang lebih kuat untuk menghentikan pendarahan. Protein lain di dalam tubuh badan pula akan menghentikan proses pembekuan tersebut setelah bekuan darah sudah cukup besar.

4. Membuang Penyumbatan

Apabila luka telah sembuh, jalinan tersebut akan larut dengan sendirinya dan platelet akan kembali menjadi sel darah normal.

 

Gejala Hemostasis (Pembekuan Darah)

Hemostasis Terjadi Pada Vena

  • Terdapat kemerah-merahan
  • Sakit
  • Pembengkakan
  • Terasa panas
  • Seluruh kawasan berwarna kebiruan (bagi pembekuan besar)

Hemostasis Terjadi Pada Arteri

Hemostasis yang terjadi pada bahagian arteri akan menunjukkan gejala yang lebih teruk. Ini kerana darah yang mengalir di dalam arteri akan melakukan fungsi biologi seperti pernafasan.

  • Berpeluh
  • Sesak nafas
  • Mual
  • Sakit atau mengalami tekanan di dada
  • Gangguan sistem pencernaan
  • Pening (disebabkan darah tidak mengalir dengan lancar pada otak)
  • Hilang kemampuan melihat atau bercakap
  • Stroke

 

Risiko Pembekuan Darah

Seperti tcm nyatakan di atas, pembekuan darah dapat terjadi apabila anda mengalami pendarahan. Namun, selain pendarahan, terdapat banyak lagi faktor lain yang dapat membuatkan anda mengalami pembekuan darah. Antaranya seperti :-

  • Tekanan darah tinggi
  • Kadar kolesterol tinggi
  • Diabetes
  • Merokok
  • Kanser
  • Sejarah keluarga yang pernah mengalami masalah serangan jantung atau stroke
  • Kelainan genetik

 

Tips Mengatasi Pembekuan Darah

Antara tips-tips yang dapat anda amalkan di dalam mengatasi masalah pembekuan darah adalah seperti dengan mengamalkan gaya hidup yang aktif. Di samping itu, pantau tahap kolesterol pengambilan makanan anda dengan mengamalkan diet seimbang dan sihat. Pastikan juga anda mengambil makanan yang rendah lemak, koleterol dan sodium.

Selain pengambilan makanan, anda juga hendaklah memantau beberapa perkara lain seperti tekanan darah, berat badan dan kandungan gula di dalam darah. Bagi mereka yang merokok, segeralah berhenti. Ini kerana, merokok merupakan salah satu pendorong kepada masalah pembekuan darah.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=pembekuan+darah

http://www.alodokter.com/mengenal-proses-pembekuan-darah

https://hellosehat.com/penyakit/bekuan-darah/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *