Kenali Kyphosis

oie_riojv4nsifhx

Terima kasih kerana sudi membaca. Hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua berkenaan dengan kyphosis. Apa tu? Kyphosis adalah suatu keadaan di mana posisi tulang belakang yang tidak normal dan terlalu melengkung ke arah hadapan. Adalah normal sekiranya tulang belakang melengkung sedikit. Akan tetapi, sekiranya ia melengkung melebihi 45 darjah, ia sudah dianggap tidak normal.

Wanita yang telah lanjut usia kebiasaannya akan mengalami kyphosis. Walau begitu, kyphosis dapat terjadi pada sesiapa sahaja. Ini kerana, terdapat pelbagai faktor yang dapat menyebabkan kyphosis.

 

Faktor Penyebab Kyphosis

  • Penyakit : Individu yang menghidapi penyakit scheuermann mempunyai risiko tinggi
  • Osteoporosis : Penyakit ini mampu menyebabkan tulang anda menjadi rapuh
  • Postur Tubuh Badan : Sering bersandar pada kerusi yang terlalu membongkong
  • Sindrom : Sindrom marfan (Prader-Willi) sering dikaitkan kyphosis pada kanak-kanak
  • Usia : Semakin meningkat usia anda semakin tinggi risiko anda terhadap kyphosis
  • Kecederaan : Mengalami sebarang kecederaan pada tulang belakang

 

Gejala-Gejala Kyphosis

Kebanyakan pesakit kyphosis tidak akan menunjukkan sebarang gejala kecuali tulang belakang mereka yang sedikit bengkok daripada biasa dan semakin bengkok dari waktu ke waktu. Namun begitu, terdapat juga beberapa gejala yang berpotensi dialami oleh pesakit kyphosis. Antaranya adalah seperti sakit dan terasa kaku pada bahagian belakang, mengalami kelelahan dan tulang belakang menjadi sensitif.

 

Kesan Buruk Kyphosis

  • Kurang selera makan kerana tulang belakang yang terlalu melengkung membuatkan perut penderita menjadi tertekan dan membuatkan mereka hilang selera makan
  • Membuatkan penampilan menjadi kurang menarik apabila kelihatan membungkuk atau terpaksa menggunakan penampan belakang
  • Sakit pada bahagian belakang yang dapat menjadi lebih parah dari masa ke semasa hingga mampu mengganggu keupayaan biasa seseorang itu

 

Langkah Pencegahan Kyphosis

Beberapa jenis kyphosis tidak dapat kita cegah. Contohnya seperti kyphosis yang disebabkan oleh arthritis atau kyphosis bawaan yang ada sejak lahir lagi. Namun begitu, kita masih dapat mencegah kyphosis daripada jenis yang normal. Antara langkah pencegahan adalah seperti mengamalkan postur tubuh yang betul. Sebagai contoh, pastikan anda belajar dan amalkan cara postur tubuh yang betul.

Selain itu, anda dinasihatkan juga untuk pelajari dan amalkan cara mengangkat sesuatu beban dengan cara yang betul. Banyakkan minum susu dan makan makanan tinggi kalsium turut mampu mencegah daripada berlakunya kyphosis di usia tua.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://sehatsatu.com/kifosis-cara-mencegah-dan-mengatasi/

http://www.alodokter.com/kyphosis

http://yokiv.blogspot.my/2013/05/penjelasan-tentang-bungkuk-kifosis-dan.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *