Kenali Lipoma

oie_mxmcezwutlar

Salam isnin semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai “lipoma”. Apa tu lipoma? Lipoma adalah suatu benjolan lemak yang tumbuh di antara kulit dan juga lapisan otot seseorang itu. Lipoma dapat bergerak atau beralih sekiranya ditekan dengan jari secara perlahan-lahan dan lembut. Kebiasaannya lipoma tidak menyebabkan sebarang rasa sakit apabila ditekan.

 

Gejala-Gejala Lipoma

  • Terletak di bawah kulit dan kebiasaanya sering ditemui pada bahagian punggung, paha, leher, lengan, perut atau bahu
  • Memiliki saiz diameter kurang daripada 5cm dan mampu untuk tumbuh lebih besar
  • Merasa sakit apabila lipoma menjadi lebih besar kerana menyebabkan banyak pembuluh darah yang menekan saraf disekitarnya
  • Sekiranya ditekan menggunakan jari, lipoma mudah bergerak dan terasa lembik

 

Adakah Lipoma Berbahaya

Lipoma biasanya bersifat tidak berbahaya dan bukan bersifat kanser. Akan tetapi, terdapat juga kes di mana lipoma yang dihidapi seseorang itu mula tumbuh semakin besar dan mula menyebabkan rasa sakit pada penderita. Oleh itu, kita tetaplah perlu berwaspada terhadap lipoma. Lebih membimbangkan lagi apabila, sebahagian penderita biasanya mempunyai lebih daripada satu lipoma.

 

Faktor Penyebab Lipoma

Penyebab kepada lipoma masih lagi belum dapat dikenalpasti. Akan tetapi faktor genetik boleh dikatakan mampu menjadi pendorong kepada berlakunya penyakit ini. Berikut disenaraikan beberapa faktor pendorong kepada lipoma. Antaranya ialah :

  • Usia : Sering terjadi pada mereka yang berusia 40-60 tahun
  • Penyakit : Sering terjadi kepada pesakit sindrom cowden, sindrom gardner dan adiposis dolorosa
  • Genetik : Berisiko membuatkan seseorang itu menghidapi lipoma

 

Langkah Mengatasi Lipoma

Disini tcm kongsikan beberapa tips yang boleh kita sama-sama amalkan di dalam mengatasi lipoma. Antaranya seperti :

  • Segera dapatkan pemeriksaan sekiranya terdapat sebarang benjolan di tubuh badan anda
  • Selalu lakukan pemeriksaan rutin kesihatan
  • Elakkan daripada mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa mendapatkan nasihat daripada doktor
  • Ambil langkah berjaga-jaga sekiranya anda menghidapi penyakit yang mampu mendorong kepada lipoma seperti sindrom gardner, sindrom cowden dan adiposis dolorosa

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/#q=apa+itu+lipoma

http://www.alodokter.com/lipoma

https://hellosehat.com/penyakit/lipoma/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *