Kenali Mesothelioma
Apa khabar semua? Semoga sihat selalu yea. Tajuk kita pada hari adalah mengenai sejenis kanser paru-paru yang sangat jarang terjadi. Namun begitu, kanser ini sangatlah berbahaya dan mampu untuk mengancam nyawa penderitanya. Kanser ini sememangnya dikenali dengan sifatnya yang agresif. Kanser tersebut dikenali dengan istilah ‘mesothelioma’.
Gejala-Gejala Mesothelioma
Gejala yang ditunjukkan oleh pesakit mesothelioma kebiasaannya berbeza-beza mengikut kawasan yang terlibat. Berikut merupakan beberapa gejala umum yang berpotensi dialami oleh pesakit mesothelioma. Antaranya seperti :
- Mengalami pembengkakan pada hujung jari
- Penurunan berat badan tanpa sebab yang jelas
- Mengalami pembengkakkan pada kawasan perut
- Diarrhea atau sembelit
- Sakit dada pada bahagian bawah tulang rusuk
- Nafas menjadi pendek disebabkan penumpukan cairan di dada
Apa itu Mesothelium
Mesothelium ialah satu lapisan tisu nipis yang menyelubungi hampir sebahagian besar organ dalaman kita. Antara beberapa organ yang dikenalpasti memiliki mesothelium adalah seperti paru-paru (pleura), perut (abdomen), jantung (pericardial) dan testikel (tunica vaginalis). Kajian mendapati mesothelioma secara umumnya merupakan sejenis kanser yang ditemui menyerang mesothelium.
Faktor Penyebab Mesothelioma
Organ tubuh badan yang diserang oleh penyakit kanser kebiasaannya disebabkan oleh berlakunya mutasi sel yang membuatkan pertumbuhannya menjadi tidak terkawal dan kemudian menjadi terlalu banyak daripada normal. Walaupun begitu, pakar perubatan masih belum dapat memastikan lagi apakah sebenarnya penyebab yang membuatkan sel tersebut bermutasi.
Menurut kajian yang telah dijalankan, kebanyakan pesakit mesothelioma adalah berpunca daripada sering terhidu debu asbestos untuk jangka masa yang lama iaitu 20-50 tahun. Oleh itu, faktor ini boleh dikatakan merupakan faktor utama yang membuatkan seseorang itu menderita mesothelioma.
Golongan Yang Berisiko Tinggi
Berikut tcm kongsikan beberapa faktor lain yang dapat mendorong kepada mesothelioma :
- Mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidapi mesothelioma
- Mereka yang tinggal bersama seseorang yang bekerja di dalam persekitaran yang terdedah kepada asbestos
- Mereka yang tinggal di persekitaran tanah yang memiliki kandungan asbestos
Langkah Pencegahan Mesothelioma
- Elakkan daripada terdedah kepada segala perkara yang berkaitan dengan asbestos
- Banyakkan membaca info-info berkenaan dengan mesothelioma
- Individu yang perlu lebih peka akan penyakit ini adalah seperti :
- pelombong
- pekerja kilang
- pengeluar alat penebat
- pekerja pembinaan
- mekanik
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/#q=apa+itu+Mesothelioma
http://www.alodokter.com/mesothelioma
http://doktersehat.com/apa-itu-mesothelioma-kenalan-yuk-dengan-kanker-paru-paru-ini/