Kenali PCOS

oie_m9wwbtrws5fs

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Artikel yang akan dikongsikan hari ini adalah mengenai masalah PCOS. PCOS merupakan singkatan daripada “polycystic ovary syndrome”. PCOS juga dikenali sebagai “Stein-Levanthal syndrome”. Hasil daripada kajian yang dijalankan, dianggarkan terdapat 5-10 peratus wanita yang berada di dalam umur reproduktif mengalami masalah ini.

Wanita yang menghidapi masalah ini akan mengalami perubahan hormon yang tidak seimbang. Antara tanda awal PCOS adalah seperti waktu subur yang tidak tetap, peningkatan hormon lelaki (androgen) di dalam tubuh wanita dan lain-lain.

 

Gejala-Gejala PCOS

Berikut tcm kongsikan antara gejala-gejala yang berpotensi dialami oleh wanita yang mengalami masalah PCOS. Antaranya seperti :

  • Berat badan bertambah
  • Sukar untuk hamil
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan (di punggung, wajah, dada dll)
  • Kulit berminyak atau berjerawat
  • Mentruasi yang tidak teratur
  • Sering tertekan
  • Rambut menjadi nipis serta mengalami keguguran

 

PCOS hendaklah segera ditanggani, sekiranya tidak ditanggani dengan segera, pesakit PCOS berpotensi mengalami penyakit seperti diabetes type 2, sindrom metabolik, tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan, peningkatan kadar kolestrol darah, sleep apnea, kadar lemak darah yang tidak normal dan gangguan menstruasi seperti berlakunya pendarahan tidak normal dari rahim.

 

Faktor Penyebab PCOS

Walaupun faktor penyebab PCOS masih lagi belum dapat dikenalpasti dengan tepat, namun ramai pakar perubatan yang berpendapat masalah ini berhubungkait dengan kadar hormon yang tidak normal. Berikut disenaraikan juga beberapa faktor yang berpotensi menjadi pendorong PCOS :

  • Genetik atau Keturunan : Sekiranya terdapat anggota keluarga anda yang menghidapi PCOS, anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapinya berbanding mereka yang tidak mempunyai sebarang sejarah penyakit PCOS di dalam keluarga mereka.
  • Halangan terhadap Insulin : Sistem tubuh badan yang terhalang daripada insulin akan membuatkan tubuh badan menghasilkan lebih banyak insulin. Hal ini seterusnya akan mengganggu pembuahan normal dan menyebabkan peningkatan berat badan.
  • Ketidakseimbangan Hormon : Peningkatan hormon testosteron (hormon dominan pada tubuh lelaki) dan hormon lutein (kadar yang tinggi dapat mengganggu kerja ovarium). Penurunan kadar globulin pengikat hormon seksual (SHBG) dan sebagainya.

 

Risiko Masa Panjang PCOS

  • Mengalami masalah kemurungan
  • Mendapat kanser rahim terutamanya mereka yang sering tiada haid
  • Mengalami masalah kolestrol tinggi
  • Mengalami masalah tidur
  • Mengalami masalah sakit jantung (terutamanya jika menghidapi kencing manis dan darah tinggi)
  • 10-20% pesakit menghidapi penyakit kencing manis
  • Mengalami masalah darah tinggi

 

Langkah Menanggani PCOS

Oleh kerana PCOS tidaklah boleh dipandang remeh, di sini tcm nak kongsikan dengan anda mengenai langkah-langkah yang boleh anda amalkan di dalam menanggani PCOS. Antaranya ialah seperti segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan dan nasihat, menurunkan berat badan kepada berat ideal, amalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam serta makan makanan yang sihat.

Bagi rawatan yang biasa dilakukan buat pesakit PCOS adalah seperti pengambilan pil perancang bagi membetulkan kitaran haid agar menjadi lebih teratur, pengambilan ubat kencing manis bagi pesakit yang mempunyai berat badan yang berlebihan, ubat kesuburan untuk meransang ovulasi seperti ‘clomiphene’ atau ‘gonadotrophin’.

 

Akhir sekali, TCM nak ingatkan anda semua supaya mengelakkan daripada mengambil sebarang ubat-ubatan tanpa sebarang cadangan daripada doktor yang bertauliah. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

cat

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

seriously

 

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

http://nationalgeographic.co.id/berita/2016/05/7-fakta-penting-polycystic-ovary-syndrome

http://www.alodokter.com/pcos

https://drnatashanorfertility.com/category/info-asas/polycystic-ovarian-syndrome/

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *