Kenali Tanda Penyakit Dari Kedudukan Jerawat

oie_dMHbMaJEbvaw

Salam sabtu semua, ada tak diantara anda yang tak pernah naik jerawat? Boleh dikatakan agak mustahil atau jarang untuk orang menjawab “Ya” kan. Ini kerana, jerawat boleh dikatakan merupakan suatu masalah biasa yang sering dialami oleh kita semua. Tapi, tahu tak anda, lokasi jerawat yang sering tumbuh pada bahagian sama sebenarnya dapat memberi tanda-tanda kepada sesuatu masalah dalaman yang dapat kita alami.

Ini kerana badan kita dihubungkan dengan pelbagai jenis laluan yang berbeza untuk berfungsi dengan baik. Seiap organ yang terdapat di dalam tubuh badan kita sering bekerjasama untuk memastikan kita sihat dan bahagia. Untuk mereka yang setiap kali jerawat tumbuh, ia muncul pada kawasan yang berbeza-beza, itu adalah normal. Jangan risau ye. 🙂

 

1.Jerawat Pada Bahagian Hidung

Anda berkemungkinan mengalami masalah kesihatan jantung dan pembuluh darah kerana tekanan darah atau kolesterol. Selain itu, anda turut berpotensi mengalami kekurangan protein atau vitamin B.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Banykkan makan makanan yang kaya akan vitamin B
  • Kurangkan makana makanan yang terlalu pedas
  • Kurangkan pengambilan makanan seperti daging merah dan garam
  • Bersenam dengan teratur
  • Banyakkan makan buah,sayuran serta makanan yang mengandungi omega 3 seperti kacang, alpukat dan ikan
  • Banyakkan menghirup udara segar di pagi hari

 

2. Jerawat Pada Bahagian Dahi

Jerawat pada dahi menunjukkan anda mengalami gangguan proses pencernaan disebabkan oleh pengambilan lemak terlalu banyak. Selain itu, ia juga menandakan waktu tidur anda yang tidak mencukupi sehingga mengganggu proses pencernaan. Sewaktu kita tidur, proses pencernaan akan berjalan, sekiranya kita mengganggu waktu tidur, proses pencernaan turut terganggu.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Kurangkan makanan yang berlemak dan makanan segera
  • Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Banyakkan minum air kosong dan elak minuman berkafein
  • Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi (7-9 jam sehari)

 

3. Jerawat Di Antara Kening

Jerawat yang sering naik pada bahagian ini menunjukkan organ hati yang terlalu kuat bekerja bagi mengeluarkan racun daripada tubuh badan. Ini disebabkan oleh pengambilan minuman beralkohol yang terlalu banyak dan makanan berminyak. Selain itu, alahan terhadap sesuatu jenis makanan juga dapat menjadi punca.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Kurangkan pengambilan makanan berminyak, susu dan alkohol
  • Banyakkan memakan makanan bersumber protein seperti tauhu, tempe, cendawan, kacang almond, brokoli dan alpukat
  • Bersenam dengan teratur selama 30 minit untuk setiap hari

 

4. Jerawat Pada Sekitar Mulut

Ini menunjukkan anda sedang mengalami perubahan hormon atau anda mengalami stress yang berpanjangan. Biasanya perkara ini sering dialami wanita ketika mereka sedang datang haid.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Dapatkan rehat yang mencukupi
  • Kurangkan stress dengan bermeditasi atau banyakkan bertenang
  • Minum banyak air kosong dan makan banyak sayur-sayuran serta buah-buahan
  • Bersenam secara teratur di setiap hari
  • Jaga kesihatan kulit agar tetap bersih dan lembap

 

5. Jerawat Sekitar Mata Dan Telinga

Kulit yang berada di sekitar mata terhubung dengan buah pinggang. Jerawat yang muncul pada kawasan ini adalah biasanya disebabkan oleh kekurang air dalam badan (dehidrasi), merokok, minuman bersoda, makanan atau minuman manis dan pengambilan garam yang terlalu tinggi.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari
  • Kurangkan minuman berkafein, minuman bersoda, makanan atau minuman manis
  • Hindari tabiat merokok

 

6. Jerawat Di Bahagian Dagu

Jerawat pada bahagian dagu menunjukkan masalah pada perut terutama organ usus kerana pencernaan yang tidak lancar. Ini disebabkan oleh fungsi buah pinggang yang terjejas atau sistem endoktrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat pada bahagian dagu, ia mungkin berpunca daripada haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Banyakkan makanan serat dengan memakan buah, sayuran serta gandum
  • Minum banyak air kosong dan teh herbal bagi membantu melancarkan pencernaan dan membuang racun di dalam tubuh badan
  • Jadikan bersenam sebagai rutin harian

 

7. Jerawat Pada Pipi Atas

Ini disebabkan oleh berlakunya gangguan pernafasan yang biasanya disebabkan oleh merokok atau pendedahan asap rokok. Selain itu, faktor seperti pencemaran udara, alahan yang berkaitan saluran pernafasan seperti asma juga dapat menjadi faktor pendorong. Perkara ini menunjukkan bahawa anda mempunyai sistem paru-paru yang lemah kerana perlu bekerja kuat untuk membersihkan udara.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Berhenti merokok serta elakkan dari terdedah pada asap rokok
  • Elakkan dari berada di kawasan yang mempunyai udara yang tercemar
  • Gunakan penutup hidung ketika mengemas rumah
  • Sekiranya mempunyai alahan, elakkan dari perkara yang dapat mengganggu saluran pernafasan anda
  • Banyakkan memakan sayuran hijau bagi membantu membersihkan paru-paru

 

8. Jerawat Pada Pipi Bawah

Jerawat yang muncul pada bahagian pipi bawah menunjukkan masalah yang berkaitan dengan gangguan kesihatan gigi dan mulut terutamanya yang berkaitan dengan gusi. Antara kemungkinan masalah tersebut adalah seperti gigi berlubang, jangkitan atau setelah anda melakukan rawatan gigi.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Berus gigi sebelum tidur dan selepas bangun pagi
  • Bersihkan juga gigi daripada kesan kotok atau plak yang masih melekat
  • Kurangkan makanan atau minuman manis

 

9. Jerawat Di Badan (Belakang & Depan)

Jerawat yang sering muncul di bahagian badan pula menunjukkan anda mungkin mengalami masalah sistem penghadaman. Contohnya seperti sembelit.

Langkah Mengatasi Masalah Ini :

  • Amalkan pemakanan seimbang
  • Banyakkan minum air kosong
  • Jadikan senaman sebagai rutin harian
  • Makan mengikut piramid makanan bagi memastikan toksin di dalam badan tersingkir dengan lebih baik

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=kawasan+jerawat+dan+penyakit

https://www.hipwee.com/tips/ketahui-penyakit-lewat-jerawat/

http://vitaminorganik.blogspot.my/2014/01/kenali-punca-dan-penyakit-dari.html

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *