Kenali Ulser Perut
Apa khabar semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai suatu keadaan yang dikenali sebagai ulser perut. Tcm pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami ulser mulut kan. Tapi tahu tak anda, selain mulut, ulser juga dapat terjadi pada bahagian perut kita. Iaitu pada bahagian dinding usus kita. Nak tahu lebih lanjut berkenaan ulser perut, jom teruskan bacaan anda.
Apa Itu Ulser
Ulser adalah tompokan putih atau kuning di dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser mempunyai saiz yang berbeza-beza dan sangat menyakitkan. Gastritis dapat menyebabkan berlakunya pendarahan di dalam perut. Akan tetapi ia jarang berlaku melainkan sekiranya terdapat ulser.
Gejala-Gejala Ulser Perut
- Sakit perut dan rasa makanan tidak boleh hadam (selalunya dirasai pada bahagian atas perut)
- Pening kepala
- Terasa angin pada bahagian ulu hati (sendawa dan kentut kerap)
- Badan terasa lemah dan tidak bertenaga
- Berat badan menurun
- Menghasilkan najis yang kehitaman atau gelap kerana sebati dengan darah
- Kurang selera makan
Faktor Penyebab Ulser Perut
Penyakit ulser perut dapat disebabkan oleh ketidakseimbangan kandungan asid dan pepsin di dalam usus. Pengeluaran asid yang berlebihan seterusnya menyebabkan berlakunya ulser. Walaupun begitu, pada tahun 1982, dua orang saintis Warren dan Marshall telah mengaitkan ulser perut dengan bakteria yang dikenali sebagai Helicobacter pylori.
Bakteria tersebut dapat hidup di dalam keadaan yang berasid tinggi kerana ia mampu mengeluarkan sejenis enzim yang dapat meneutralkan asid tersebut.
Antara Punca Lain Ulser Perut
- Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Jadual makan yang tidak menentu
- Kurang minum air kosong
- Perokok tegar dan suka minum minuman beralkohol
- Mengambil ubat-ubatan yang tidak sesuai dengan tubuh badan anda
- Stress
Langkah Mengatasi Ulser Perut
Bagi anda yang mengalami masalah ulser perut, tcm nak kongsikan beberapa cara yang dapat anda lakukan di dalam mengatasi masalah ulser perut. Perkara pertama yang seharusnya anda lakukan adalah dengan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi mengetahui keadaan kesihatan diri anda dengan lebih teliti.
Selain itu, sebelum anda mengamalkan sebarang tips, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu ya. Ok, antara langkah mengatasi ulser perut adalah seperti :-
- Makan dengan lebih kerap. Contohnya selain makan utama, makan juga makanan ringan diantara jarak makan utama anda. (makanan ringan di sini bukan bermaksud makanan yang tidak sihat ya)
- Banyakkan berehat
- Elakkan daripada melakukan sebarang perkara yang dapat memburukkan lagi keadaan ulser perut anda. Contohnya seperti merokok dan minum minuman beralkohol
- Tambahkan makanan yang mengandungi sulfur seperti bawang putih, kubis, brokoli ke dalam hidangan makanan anda. Ini kerana sulfur dapat membentuk glutathione yang melindungi lapisan perut
- Ambil vitamin C 100mg bagi mengurangkan kandungan nitrosamines yang boleh menyebabkan kanser perut
- Tambahkan zat galian Zink di dalam menu pemakanan untuk proses penyembuhan yang lebih cepat
- Anda disarankan untuk mengamalkan pengambilan probiotik (bakteria baik)
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/search?q=penyakit+ulser+perut
http://info-kesihatan-terkini.blogspot.my/2013/04/ulser-perut.html
https://ms-my.facebook.com/notes/house-of-healin/penyakit-ulser-usus-gastrik/423156897730088/