Kerap Kebas Tangan ???
Selamat Hari Isnin! Semua.. 🙂 Selamat bekerja bagi mereka yang lagi sedang bekerja. Hari ini TCM ingin kongsikan info kesihatan mengenai simptom kebas tangan. Adakah anda salah seorang daripadanya? Jangan ambil remeh yea perkara ini. Tahap kesihatan diri kita hendaklah selalu dipantau dan dijaga. Sekiranya anda sering merasa sakit, kebas-kebas tangan dan jari, ianya berkemungkinan besar disebabkan oleh terowong pergelangan tangan (‘Carpal Tunnel’).
Simptom-simptom bagi Sindrom Carpal Tunnel bermula secara perlahan-lahan dengan merasa sakit pada bahagian pergelangan tangan yang boleh melarat ke bahagian tangan dan lengan. Selain itu, ada beberapa faktor lain yang juga boleh menyumbang kepada berlakunya sakit-sakit jari dan kebas tangan ini. Antaranya ialah diabetes, gangguan tiroid dan menopause, atau keadaan yang menyebabkan takungan cecair badan seperti wanita hamil dan amyloid.
Aktiviti atau pekerjaan seseorang yang memerlukan penggunaan tangan secara berulang dalam tempoh masa yang panjang juga mampu mengundang sakit ini. Contoh-contoh pekerjaan tersebut adalah tukang jahit, kerja menaip, menguruskan jentera berat di kilang, menguruskan mesin yang bergetar secara berterusan. Dari segi jantina, wanita mempunyai risiko 3 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki untuk mengalami penyakit ini. Kebanyakannya berlaku selepas menopause.
Tips Kesihatan:
Sekiranya simptom kebas tangan tersebut tidak berkurangan malah masih berlanjutan dan semakin memburuk? TCM mencadangkan anda agar segera berjumpa dengan pegawai perubatan yang berada berhampiran anda bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan dengan lebih teliti dan menyeluruh agar dapat mengenal pasti punca sebenar masalah kebas tangan anda. Berikut disenaraikan beberapa tips yang dapat anda ikuti bagi mengatasi masalah kebas tangan anda : 🙂
- Lakukan ujian gula di dalam tubuh badan
- Dapatkan nasihat daripada farmasi mengenai simptom anda
- Lancarkan sistem darah anda dengan melakukan senaman-senaman ringan
- Ambil suplement tambahan seperti kalsium dan vitamin
- Elakkan daripada mengambil ubat-ubatan yang dapat menyempitkan saluran darah
- Berhenti merokok kerana nikotin dapat menyebabkan pembuluh darah mengecut
- Amalkan aktiviti berjalan selama 15 – 30 minit sebanyak 2 kali sehari
- Selalu tenangkan diri dan elakkan daripada situasi yang menyebabkan tekanan
- Menjaga kepanasan badan agar tidak cepat hilang dengan memakai topi dan baju tebal (kepanasan badan hilang ke persekitaran melalui kulit kepala)
Nota Tambahan:
Sekiranya anda lapang, bolehla mencuba teknik senaman daripada “Usop Wilcha” nie ye. 🙂
Dan kalau xberjaya jugak, bak kata pepatah…
hehehe.. Jumpa lagi..bubye
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html