Kesan Buruk Tangguh Makan
Di zaman digital yang serba canggih serta pantas peredaran waktunya ini, kita sering mengabaikan perkara penting di dalam penjagaan kesihatan kita. Salah satu daripadanya ialah dengan menangguhkan waktu untuk makan. Bagi kebanyakan orang, hal ini bukanlah disengajakan, akan tetapi, faktor-faktor seperti sibuk dengan kerja menyebabkan mereka terlupa untuk makan dan minum. Walaupun begitu, ada juga yang berpendapat, “perkara biasa je nie” atau ” tak mengapalah, boleh kurus sikit, hehe”. Oleh itu TCM ingin menjelaskan di sini, sebenarnya terdapat banyak kesan buruk terhadap kesihatan kita dengan menangguhkan waktu makan.
Kesan Buruk Menangguhkan Waktu Makan
- Kenaikan berat badan – Mengabaikan atau menangguhkan waktu makan dengan sengaja bagi tujuan menguruskan badan adalah satu proses yang salah. Keadaan ini hanya akan menyebabkan gangguan pada sistem tubuh yang mana hanya berisiko untuk menambahkan berat badan sahaja.
- Mudah penat – Pola pemakanan yang tidak teratur dapat melambatkan sistem metabolisme badan. Keadaan ini seterusnya akan menyebabkan seseorang itu berasa penat apabila melakukan sebarang kerja kerana fungsi normal keseluruhan badan mampu terjejas.
- Perubahan hormon – Dengan mengamalkan waktu makan yang dilambat-lambatkan, kita juga akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh badan. Disamping itu, kita juga boleh mengalami pertambahan berat badan serta mudah berasa stres dan pening kepala.
- Kesihatan otak terjejas – Glukosa merupakan bahan bakar kepada otak. Oleh itu, apabila waktu makan anda ditangguhkan, kandungan glukosa di dalam badan akan berkurangan. Seterusnya, hal tersebut dapat menjejaskan fungsi dan perkembangan kesihatan otak.
- Berbahaya buat pesakit diabetes – Seperti yang dinyatakan di atas, glukosa di dalam badan akan semakin berkurangan sekiranya melambatkan waktu makan. Bagi pesakit diabetes, ini bukanlah hal yang baik kerana, keadaan pesakit akan bertambah buruk disebabkan glukosa yang semakin berkurang.
- Masalah pencernaan – Selain itu, ia juga mampu mempengaruhi sistem pencernaan daripada berjalan dengan lancar dan teratur. Bagi mendapatkan tahap kesihatan yang konsisten serta sistem pencernaan yang lancar dan teratur. Anda disyorkan untuk makan tiga kali sehari dengan menu makanan yang seimbang dan bernutrisi.
- Mempengaruhi tabiat pemakanan – Kesan daripada kebiasaan di dalam menangguhkan waktu makan akan mempengaruhi tabiat pemakanan seseorang itu. Lantas akan menjejaskan masa makan sebenar dan bakal menjadi tabiat negatif untuk kesihatan tubuh badan.
Tips Pemakanan Seimbang
- Banyakkan memakan buah-buahan – Buah-buahan sememangnya mempunyai pelbagai khasiat bagi kesihatan kita. Antara buah-buahan tersebut adalah nenas, pisang, kentang, betik dll.
- Banyakkan meminum air – Air penting untuk fungsi-fungsi tubuh badan kita seperti penghadaman, penyerapan, pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan serta bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari.
- Elakkan makan terlalu kenyang – Nisbah makanan di dalam perut hanyalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air, dan 1/3 udara.
- Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang – Amalkan cara pemakanan sihat seperti ini.
- Elakkan makan buah selepas waktu makan – Buah-buahan elok dimakan sebelum waktu makan, kerana dapat membantu penghadaman.
- Amalkan memakan makanan berasaskan kekacang & bijirin – Makanan ini merupakan sumber protein dan juga merupakan bahan terbaik untuk mencerdaskan minda. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang cerdas.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html