Khasiat Bayam

Hyee.. 🙂

Ketika di zaman kanak-kanak dulu rancangan seperti kartun adalah rancangan kesukaan saya.. diantaranya adalah Power Rangers, DragonBall, Robocop, Doraemon dan tidak lupa juga Sang Popeye yang paling kuat dan setiap masa akan dapat membunuh musuhnya. Popeye ini adalah salah satu watak hero pujaan saya ketika itu dan siaran rancangannya  memang tidak pernah dilupakan.

Jika anda juga peminat siri kartun Popeye ini, mesti anda tidak pernah lupa bahawa sang Popeye ini mengamalkan makanan seperti sayuran  yang dipanggil SPINACH untuk menjadi lebih kuat sebelum melawan musuh.. tahukah anda kawan-kawan sayur apakah itu? Dan kenapakah ia menggunakannya? Okey bila dipikirkan semula kenapa tidak sahaja makan vitamin untuk menjadi kuat? ..

Sebenarnya makanan yang dimakan oleh Popeye tersebut adalah sejenis sayuran yang dipanggil BAYAM atau nama botaninya  adalah SPINACIA OLERACES. Jika dikaji semula bayam ini memang tersimpan banyak khasiat so tidak hairanlah jika ianya dijadikan ikon makanan bagi Popeye didalam siri kartun tersebut oleh penerbit rancangannya ketika itu.

Nahh inilahh hero sayaaaa…hencem tak..!! 🙂

Sayuran bayam terdiri daripada dua jenis iaitu bayam hijau dan juga bayam merah.pembiakannya adalah melalui biji benih dan tumbuhan ini tergolong dalam golongan herba semusim. Daun bayam adalah berbentuk bujur dan ada juga yang berdaun bulat. Ianya tergolong dalam keluarga AMARANTHACEAE dan kaya dengan sumber vitamin K, vitamin A, managan, folat, magnesium, besi, vitamin C, vitamin B2, KALSIUM, KALIUM, DAN VITAMIN b6. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan Vitamin E. selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium….

Fuhhh… khasiatnya memang banyak kengkawan… rugi sangat kepada sesiapa yang tidak meminati sayur bayam nie dalam menu pemakanan mereka.. 

Antara khasiat lainnya bayam nie kengkawan ialah :

Kesihatan Jantung

  • Sebagaimana diketahui, bayam juga sangat kaya akan antioksidan sehingga sangat baik untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada saluran arteri karena kalau tersumbat di bagian arteri, maka risiko terkena penyakit jantung sangat tinggi. Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk member keseimbangan terhadap tekanan darah.

 

Menjadikan Tulang Lebih Kuat

  • Bayam juga sangat berkhasiat untuk mencegah terjadinya osteoporosis yang selama ini begitu ditakuti terutamanya  oleh mereka yang mengalami lanjut usia. Di dalam bayam juga terkandung vitamin K yang membantu dalam penyerapan kalsium oleh tulang yang akan menyebabkan tulang menjadi kuat.

 

Mencegah Kanser / barah

  • Bayam juga mengandung flavonoid yang mampu mencegah adanya infeksi dalam tubuh yanga kaan menghindari terjadinya risiko terkena penyakit kanser kolon, kanser paru-paru, kanser ovarium, dan juga kanser prostat.

 

Kesihatan Pembuluh Darah

  • Bayam juga kaya akan zat besi yang sangat penting untuk membangun sel darah merah yang memiliki fungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh. Kekurangan zat besi akan membuat badan anda terasa lemah, mudah kehilangan tenaga, mudah mengantuk, dan juga boleh terjadinya penyakit anemia. Untuk meningkatkan zat besi dalam tubuh, salah satu caranya adalah  memperbanyakkan makan bayam.

 

Bermanfaat untuk Ibu Hamil

  • Bayam mengandung zat folat dan vitamin A yang sangat bermanfaat untuk ibu yang sedang hamil. Dengan memperbanyakkan makan bayam, proses pembentukan paru-paru pada janin yang disebabkan  oleh vitamin A dan pembentukan sistem saraf yang lengkap yang disebabkan oleh folat akan berjalan dengan baik.

 

Penambah darah

  • Bayam yang telah dimasak juga dikatakamerupakan sumber zat besi, mineral yang amat penting bagi wanita yang kehilangan darah akibat hail kerana wanita berisiko untuk mengalami kekurangan zat besi dalam badan.

 

So kengakawan sume,

Memang tidak dapat dinafikan terdapat pelbagai khasiat bayam ini kan. oleh yang demikian, dengan memperbanyakkan makan  bayam nie, manfaat yang telah dijelaskan di atas akan anda perolehi dengan mudah dan murah. Oleh sebab itu, dari sekarang mulalah memperbanyakkan makan bayam ini. Selain ianya mudah didapati,  ianya juga sangat besar manfaatnya untuk kesihatan kita.

 

Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!

Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *