Lelaki Menopause..??

oie_VnkYQd2Lv6wT

Apa khabar semuanya? Tajuk yang akan dikongsikan pada hari ini ialah berkenaan dengan “Menopause”. Apa itu menopause? Menopause adalah istilah yang disebut apabila seseorang itu mengalami perubahan hormon akibat umur yang semakin lanjut. Perkataan ini sering sekali kita dengar digandingkan dengan perkataan “wanita” atau juga “perempuan”. Namun, tahukah anda, lelaki juga boleh mengalami menopause?

Yup, walaupun begitu, tanda-tanda atau gejala yang dialami oleh lelaki apabila mengalami menopause adalah berbeza daripada wanita. Menopause terjadi pada lelaki apabila usia mereka semakin meningkat. Ini kerana, kadar pertambahan usia pada lelaki dapat menyebabkan kadar hormon testosteron yang dimiliki mereka semakin menurun. Selain daripada istilah “menopause lelaki”, istilah lainnya adalah “andropause”

1075399784_c.jpg

Manakala bagi kaum wanita pula, antara tanda yang dialami mereka ketika mengalami menopause ialah apabila mengalami putus haid serta penghasilan hormon mulai menurun dengan ketara. Ianya juga terjadi di dalam tempoh masa yang singkat. Bagi kaum lelaki, penurunan hormon yang terjadi adalah pada kadar yang perlahan. Setelah itu, akan terdapat beberapa perubahan yang terjadi pada fungsi seksual mereka.

Disebabkan proses menopause yang dialami oleh lelaki terjadi pada kadar yang perlahan serta bertahap, gejala-gejala yang dialaminya seringkali tidak disedari. Kajian menunjukkan, pada usia 30 tahun, lelaki akan mula mengalami kadar penurunan testosteron sebanyak 1% dalam setahun. Setelah mencapai usia 70 tahun dan ke atas, kadar hormon tersebut dapat berkurangan sehingga 50%.

 

Gejala Umum Andropause

onlinevn.vn-hinh-avatar-bieu-tuong-vui108

  • Sering sedih dan tertekan
  • Tenaga menurun
  • Insomnia (Sukar tidur)
  • Sering resah serta cepat tersinggung
  • Sukar mengingat sesuatu
  • Sukar untuk tumpukan perhatian
  • Mengalami hiperhidrosis (Peluh berlebihan)
  • Lemak semakin banyak (Bahagian perut)

 

Tips Mengatasi Andropause (Makanan)

0011

  1. Tiram – Merupakan makanan yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi kerana dipercayai dapat membantu meningkatkan ghairah seks. Ia mengandungi zinc dan omega-3 yang sangat tinggi.
  2. Pisang – Merupakan sumber potasium dan vitamin B yang dapat meningkatkan kadar tenaga secara keseluruhan.
  3. Madu – Dapat menghasilkan tenaga segera serta dapat digunakan sebagai bahan bakar buat otot-otot kerana mengandungi karbohidrat yang sederhana. Selain itu, madu juga kaya akan vitamin B dan boron yang berfungsi sebagai metabolisme dan hormon estrogen.
  4. Almond – Merupakan sumber utama asam lemak serta sangatlah penting kerana merupakan bahan baku bagi lelaki di dalam menghasilkan hormon sihat.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

oie_Un5hhN8USaCv

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *