Listeriosis

oie_mRp9aUnSilNG

Listeriosis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh bawaan bakteria akibat pemakanan. Bakteria tersebut dikenali sebagai listeria monocytogenes. Listeriosis tidaklah boleh dipandang remeh. Ini kerana, ia boleh mendatangkan kesan yang sangat serius kepada wanita mengandung dan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Bakteria listeria monocytogenes terdapat pada usus pelbagai jenis binatang di seluruh dunia.

Bakteria ini juga boleh ditemui pada tanah, air serta najis haiwan. Kebiasaannya, listeriosis berlaku pada manusia akibat daripada pengambilan makanan yang tercemar seperti sayur-sayuran mentah yang tercemar. Selain itu, haiwan juga boleh menjadi sebagai medium pembawa bakteria listeria dengan menyebabkan pencemaran dalam daging dan produk tenusu. Memasak makanan dengan betul atau memanaskan semula makanan boleh membunuh bakteria.

Melalui saluran pencernaan, bakteria kadang-kala dapat masuk ke dalam aliran darah dan seterusnya tersebar ke bahagian-bahagian yang lain. Bagi wanita hamil pula, bakteria tersebut dapat tersebar sehingga ke rahim. Sekitar 20-30% kes penderita listerisosis di Amerika mengalami kematian. Disebabkan itu, kita tidak boleh sesekali memandang rendah akan perkara ini.

 

Antara Gejala Listeriosis

YOYO59960124BB8FBDDEFA01A974E169

 

  • Demam
  • Menggigil
  • Loya serta muntah
  • Cirit-birit (Diarrhea)
  • Sakit otot

Gejala-gejalanya apabila jangkitan merebak ke sistem saraf

  • Merasa kejang pada leher
  • Hilang keseimbangan
  • Tumpuan yang terjejas
  • Sakit kepala yang teruk
  • Terjadi sawan

 

Golongan Berisiko Dijangkiti Listeriosis

oie_transparent

  • Mereka yang punyai sistem imun yang lemah
  • Wanita mengandung serta bayinya (Bayi di dalam rahim boleh terkena jangkitan daripada ibu melalui plasenta)
  • Penderita kencing manis serta buah pinggang
  • Pesakit AIDS
  • Mereka yang berumur 65 tahun dan ke atas
  • Mereka yang sedang menjalani sesi rawatan kimoterapi

 

Antara Komplikasi Listeriosis

  • Keguguran
  • Kematian bayi sewaktu lahir
  • Jangkitan maut selepas lahir
  • Kelahiran pra-matang

 

Langkah-langkah Pencegahan

emoticon-007

  • Cuci buah-buahan dan sayur-sayuran mentah dengan baik dibawah air mengalir sebelum dimakan, dipotong atau dimasak.
  • Keringkan buah-buahan yang sudah dicuci dengan tuala yang bersih atau tisu.
  • Asingkan daging mentah dengan sayuran, makanan siap saji dll di dalam tempat penyimpanan serta peti sejuk.
  • Cuci tangan, pisau dan alat-alat memasak lain setelah digunakan untuk makanan mentah.
  • Bersihkan semua tumpahan di dalam almari, terutamanya daripada daging mentah dengan air panas dan sabun, kemudian bilas.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

animasi

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

oie_3161540RHyJXZzB

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *