Masalah Presbyopia
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Artikel yang akan dikongsikan hari ini adalah mengenai masalah presbyopia. huh! apa tu? Presbyopia adalah istilah perubatan yang digunakan bagi menggambarkan keadaan mata manusia yang telah hilang kemampuannya untuk fokus terhadap sesuatu objek yang dekat secara bertahap.
Masalah ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada proses penuaan tubuh secara semulajadi. Ini kerana, presbyopia dapat terjadi hampir kepada semua orang yang berusia 40 tahun dan ke atas.
Gejala-Gejala Presbyopia
Oleh kerana, hampir setiap orang yang berumur 40 tahun dan ke atas berpotensi mengalami presbyopia, mesti anda tertanya-tanya kan adakah anda termasuk? Jom tengok gejala-gejalanya :
- Memerlukan lampu yang terang ketika hendak membaca sesuatu
- Penglihatan menjadi kabur apabila membaca daripada jarak normal
- Sukar membaca huruf atau tulisan yang berukuran kecil
- Merasa sakit kepala serta mata menegang setelah membaca
- Suka memegang bacaan lebih jauh supaya lebih jelas
Untuk pengetahuan semua, presbyopia juga dikenali dengan nama rabun tua atau mata tua. Masalah ini sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan seseorang itu. Antara aktiviti yang mungkin terganggu adalah seperti membaca, menjahit ataupun melakukan sesuatu kerja di hadapan komputer. Pasti semua tertanya-tanya bukan apakah sebenarnya yang menyebabkan presbyopia?
Faktor Penyebab Presbyopia
Presbyopia adalah suatu masalah yang berkaitan dengan usia seseorang itu. Ini bermaksud, semakin meningkatnya usia seseorang itu, akan berlakunya perubahan protein yang terdapat di dalam lensa mata mereka. Hal tersebut seterusnya membuatkan lensa mata mereka menjadi lebih keras dan kurang elastik dari waktu ke waktu.
Selain itu, serat otot yang mengelilingi mata juga turut mengalami kekurangan elastik seiring dengan pertambahan usia seseorang itu. Kesan dari perkara ini, mata akan memerlukan masa yang lebih lama berbanding biasa untuk ia fokus kepada objek yang dekat.
Faktor Pendorong Presbyopia
Berikut tcm kongsikan beberapa faktor yang dapat meningkatkan lagi risiko seseorang itu untuk mengalami presbyopia.
- Menghidapi myasthenia gravis, iaitu gangguan neuromuskuler yang mempengaruhi saraf dan otot
- Mengalami kecederaan pada mata atau mengalami penyakit mata
- Menghidapi penyakit kardiovaskular
- Mengalami anemia iaitu kekurangan sel darah merah
- Menghidapi diabetes atau kesukaran metabolisme gula darah
Tiga Jenis Cermin Mata Presbyopia
Pertama ialah cermin mata trifocals, ia dapat digunakan oleh mereka yang sering menghadap skrin komputer. Cermin mata yang kedua pula ialah cermin mata khusus bagi mereka yang tidak memiliki sebarang gangguan mata. Dan terakhir sekali, cermin mata bifocals dengan dua pilihan garis horizontal yang kelihatan atau tanpa sebarang garisan.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
http://mediskus.com/penyakit/presbiopi-mata-tua
http://www.alodokter.com/presbiopi