Masalah Telinga Gatal

oie_sNCrdeJoVdfl

Hai semua, tajuk kita hari ini adalah mengenai salah satu anggota badan kita iaitu telinga. Pernahkah anda dengar akan masalah telinga gatal? Sebut sahaja masalah ini, pasti kita dapat membayangkan betapa kurang selesa sekiranya kita mengalami masalah ini. Telinga kita mempunyai banyak saraf-saraf yang sangat sensitif. Disebabkan itu,walaupun kita mengalami sedikit sahaja masalah pada telinga kita, kesannya cukup membuatkan kita tidak selesa.

Masalah telinga gatal bukanlah sejenis penyakit. Akan tetapi, ia biasanya terjadi disebabkan oleh kesan daripada sesuatu masalah yang kita alami.

 

Nota Penting : Penting untuk kita semua tahu, sekiranya kita merasa gatal pada saluran telinga, kita pasti merasa ingin menggaru bahagian tersebut dengan cotton buds atau menggunakan alat-alat yang lain. Tcm nasihatkan, sebelum anda melakukan perkara tersebut, penting untuk anda mengenalpasti terlebih dahulu, apakah sebenarnya yang membuatkan telinga anda gatal.

 

Faktor Penyebab Masalah Telinga Gatal

1. Kotoran Telinga

Zat lilin atau dikenali sebagai cerumen yang biasanya membentuk kotoran telinga memiliki peranan yang penting untuk melembapkan liang telinga. Sekiranya penghasilan zat lilin ini kurang mencukupi, telinga kita dapat mengalami kekeringan dan seterusnya membuatkan kulit pada liang telinga mengelupas dan menyakitkan.

 

2. Dermatitis Liang Telinga

Dermatitis adalah keradangan yang terjadi pada bahagian kulit. Ia juga dapat terjadi di dalam dan sekitar telinga. Faktor yang membuatkan dermatitis terjadi biasanya adalah disebabkan oleh kesan daripada alahan terhadap sesuatu. Situasi ini dapat dilihat ketika seseorang itu mengalami alahan seperti dermatitis setelah menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan tertentu yang menyebabkan alahan.

 

3. Jangkitan Telinga

Jangkitan telinga tengah atau otitis media dan terutamanya jangkitan telinga bahagian luar (otitis externa) dapat menyebabkan rasa sakit yang teruk dan telinga terasa gatal. Golongan yang berpotensi mengalami masalah ini adalah seperti perenang. Pendedahan air secara terus menerus pada telinga mereka berpotensi menyebabkan mereka mengalami jangkitan.

 

4. Alahan

Sekiranya anda mempunyai masalah seperti asma, alahan rhinitis atau masalah alahan lainnya. Anda berpotensi tinggi untuk mengalami jangkitan otitis bahagian luar. Ini disebabkan oleh pendedahan terhadap sesuatu yang dapat menyebabkan alahan pada telinga anda. Contoh seperti, penutup telinga,ubat titis telinga, peluh atau syampoo.

 

5. Psoriasis

Psoriasis adalah sejenis masalah kulit yang menyebabkan ruam merah pada bahagian kulit. Ia sering terjadi pada bahagian kulit terdedah akan tetapi tetap tidak mustahil untuk ia muncul di belakang atau di dalam telinga dan seterusnya membuatkan kita merasa gatal2

 

Cara Mengubati Masalah Telinga Gatal

1. Minyak Panas (Warm Oil)

Anda dapat membuat ubat titis telinga buatan sendiri dengan menggunakan minyak zaitun, minyak mineral atau minyak sayur yang dipanaskan. Sebelum digunakan, ujilah dengan menitiskan beberapa titis di atas tapak tangan anda agar tidak terlalu panas sehingga dapat membuatkan kulit anda terbakar. Walaupun cara ini dapat dilakukan dengan sendiri, penting untuk anda dapat kan nasihat doktor dulu ye.

 

2. Campuran Alkohol dan Air

Rasa gatal pada telinga dapat dikurangkan dengan memasukkan air yang dicampur dengan alkohol. Cara ini dapat dilakukan dengan menggunakan alat suntik tanpa jarum. Pastikan anda membuang cairan yang dimasukkan tersebut semula ye setelah beberapa minit.

 

3. Membersihkan Kotoran Telinga

Walaupun zat lilin penting untuk telinga kita, akan tetapi,  penghasilan zat lilin yang terlalu banyak dapat membuatkan telinga kita merasa gatal dan sakit. Cara membersihkan kotoran telinga dengan menggunakan cotton bud bukanlah cara yang betul ye.

 

4. Elakkan Kelembapan

Telinga perlu sentiasa dijaga agar kering. Sekiranya anda suka berenang, anda disarankan untuk menggunakan topi renang agar dapat mengurangkan jumlah cairan air yang masuk ke dalam telinga anda. Setelah berenang atau mandi, keringkan telinga anda dengan tuala.

 

Rawatan Alternatif : THETOLE

miss-bone-121

Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.

 

Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :

 http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html

Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.

ty_gasp_animation_by_leeleemoreau-d37e92v

Pelbagai info menarik  tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :

http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html

fbSihat Bersama TCM

 

Rujukan

https://www.google.com/search?q=masalah+telinga-gatal

https://mediskus.com/penyakit/telinga-gatal-penyebab-dan-obatnya

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *