Masalah Telinga Tersumbat
Hai semua, hari ini tcm nak kongsikan dengan anda semua mengenai sejenis masalah yang melibatkan sistem pendengaran kita. Masalah yang ingin dikongsikan tersebut ialah masalah telinga tersumbat. Terdapat pelbagai sebab yang dapat menyebabkan seseorang itu mengalami masalah ini. Antaranya ialah seperti sinus, selsema, alahan, ketika menaiki kapal terbang dan banyak lagi.
Berikut di bawah dikongsikan beberapa penyebab yang dapat membuatkan seseorang itu mengalami masalah telinga tersumbat beserta dengan langkah mengatasinya.
Disebabkan Oleh Kemasukan Air
Masalah yang disebabkan oleh kemasukan air kebiasaannya tidak memerlukan sebarang ubat-ubatan khusus bagi merawatnya. Ini kerana, masalah telinga yang kemasukan air biasanya akan sembuh dengan sendirinya setelah beberapa hari.
Individu yang mengalami masalah ini disarankan untuk memastikan telinga mereka sentiasa kering serta elakkan daripada berenang, menyelam, menggunakan earplug dll.
Disebabkan Oleh Sinus
Sinus dan telinga saling berhubung di dalam kepala kita. Disebabkan itu, sekiranya sinus seseorang itu tersumbat yang kebiasaannya disertai juga dengan hidung tersumbat akan dapat mempengaruhi tekanan di dalam telinga. Berikut disenaraikan beberapa tips bagi melegakan telinga yang sakit atau tersumbat :
- Elakkan daripada berada pada suhu yang terlalu panas atau sejuk
- Pastikan kepala berada tegak agar tidak memberikan tekanan berlebihan pada telinga
- Ambil ubat-ubatan yang dapat mengurangkan kesakitan yang dialami
Disebabkan Tekanan Ketika Menaiki Kapal Terbang
Secara kebiasaannya, telinga yang terasa seperti tersumbat ketika menaiki kapal terbang akan hilang dengan sendirinya. Akan tetapi, anda dapat mengurangkan ketidakselesaan anda dengan cara menguap, mengunyah gula-gula getah, minum air dll.
Disebabkan Kotoran Yang Terkumpul
Bagi masalah ini, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan daripada doktor. Ini kerana, doktor mempunyai sejenis alatan khusus yang dapat digunakan bagi membersihkan telinga anda. Masalah ini kebiasaannya disebabkan oleh tahi telinga yang menjadi keras dan seterusnya menutup gegendang telinga anda.
Selain daripada itu, anda juga dapat menggunakan ubat titis bagi mencairkan tahi telinga anda. Ubat ini dapat dibeli di farmasi. Pastikan anda mengikut garis panduan yang telah ditetapkan ketika menggunakan ubat tersebut.
Sekiranya ubat tersebut tidak juga berkesan, langkah terbaik adalah untuk anda segera mendapatkan rawatan daripada doktor.
Disebabkan Oleh Jangkitan
Masalah telinga tersumbat juga boleh disebabkan oleh berlakunya jangkitan bakteria atau kulat pada telinga seseorang itu. Jangkitan ini dapat menyebabkan lubang telinga menjadi tersumbat oleh nanah ataupun kotoran.
Segeralah dapatkan rawatan daripada doktor supaya jangkitan tersebut tidak merebak dan menjadi lebih teruk.
Rawatan Alternatif : THETOLE
Pernahkah anda terdengar akan TheTole ? Ianya adalah sebuah pusat rawatan alternatif yang menggunakan teknik rawatan yang telah pun diamalkan ribuan tahun dahulu. Dengan kajian dari waktu ke waktu, mereka merawat pesakit mereka dengan teknik yang sangat unik serta formula rawatan yang telah dikaji dari masa ke semasa bagi mendapatkan hasil rawatan yang terbaik di dalam mengubati pelbagai jenis penyakit yang dihadapi pesakit mereka. Sekiranya anda atau kenalan anda mengalami sebarang masalah kesihatan, saya sangat mengesyorkan anda untuk mengunjungi The Tole Acupuncture Herbal Medical-Center.
Ubat-ubatan herba di Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/Ubat_Herba.html
Klik SINI!! untuk mendapatkan lebih banyak info melalui forum.
Pelbagai info menarik tentang cara merawat penyakit berbahaya di The Tole Acupuncture :
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html
Rujukan
https://www.google.com/?gws_rd=ssl#q=masalah+telinga+tersumbat
http://www.alodokter.com/telinga-seperti-tersumbat-coba-obat-telinga-ini