MASUK ANGIN
Masuk angin adalah penurunan daya tahan tubuh disebabkan oleh suatu keadaan cuaca sekitar tubuh manusia yang sejuk. Penyakit ini sering menyerang terhadap manusia terutama pada musim musim cuaca sejuk. Gejala masuk angin adalah sendi terasa ngilu dan sengal sengal, sering sendawa, perut kembung dan kentut. Dalam pasaran banyak ubat yang boleh diambil. Selain dari makan ubat, rehat yang mencukupi juga penting untuk menyihatkan kembali anggota badan.
Sakit kerana angin kerap menyerang bahagian belakang, bahagian otot bawah lengan, lutut, sensi kaki, kepala dan sendi sendi jari tangan dan kaki.
Berikut adalah tips menghindari daripada masuk angin:-
1- TIDUR YANG CUKUP DAN BERKUALITI
Jika kita kekurangan tidur, maka daya tahan tubuh badan akan menjadi menurun kekuatanya. Untuk itu , berbagai macam jenis penyakit dapat dengan mudah menyerang sistem keamanan tubuh. Sebaik baik nya cukupkan tidur sekurang kurangnya 6 Jam pada malam hari dan 1 jam pada siang hari. pastikan kualiti tidur anda benar benar baik sehingga memperbaiki sistem tubuh kita.
2- GUNAKAN BAJU SEJUK (JAKET)
Baju sejuk dapat melindungi anda dari udara sejuk dan angin yang ada disekeliling. Selain dapat menghangat kan badan, baju sejuk juga dapat melindungi badan dari pelbagai bakteria dan virus.
3- MAKAN TEPAT PADA WAKTU
Salah satu gejala masuk angin adalah perut kembung. Jika perut diisi dengan makanan tepat pada waktu nya, risiko untuk diserang perut kembung tidak ada. Kecuali jika makan terlampau banyak, itu kembung disebabkan lebihan makanan bukan angin. SARAPAN adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga pada tubuh badan
4- PETUA
Sapukan kapur yang bercampur dengan air limau itu dibahagian sakit yang disebabkan angin itu.
Contoh selsema: ketika selsema, tubuh badan akan berasa lemah dan sakit sakit dibahagian sendi dan otot,. Bukan semua otot sakit ketika selsema. Selepas memakai ramuan tadi, anda akan dapat merasa kan seolah olah ada rambut basah ditarik keluar. Itu tandanya angin telah ditarik keluar.
Jom sertai forum untuk mendapat lebih banyak info. Klik Sini!!
Pelbagai info menarik mengenai pelbagai penyakit berbahaya:
http://thetole.org/MalayHerbalMedicine/index.html